Kalau betul…no problem.Seperti mana-mana Hamba Allah lain Datuk Seri Anwar Ibrahim pun perlu ‘surat sokongan’.Apa lagi kerja yang pembesar utama pakatan rakyat ini sedang cuba pohon ialah jawatan Perdana Menteri.
Tarikh temuduganya ialah pada hari Ahad 5 Mei ini yakni pilihanraya umum ke 13.
Kisah Anwar hendak guna surat ulama terkemuka ini untuk PRU13 sudah lama bocor dan kini nyata ia sudah diguna pakai dalam bentuk flyers dan sebagainya semasa tempoh kempen sekarang.
Cuma yang tidak sedap sikit sudah timbul kecurigaan tentang ‘ketulinan’ surat itu.
Betulkah surat sokongan itu ditulis sendiri oleh Yusuf Al-Qaradawi?
Agendadaily ada menerima satu risalah Kelab Penyokong BN yang mempersoalkan hal berkenaan.

Malu besar kalau ini sudah jatuh kes kelentong.
Isu ini sudah pun menjadi bahan bualan.
Rasanya Anwar perlu tampil dan jawab sendiri untuk elak kecurigaan.
Kecurigaan itu timbul ekoran tersebar pula salinan surat yang dikatakan ditulis oleh anak ulama itu yakni Mohamed Y.Al Qaradawi seorang pembantu professor di Universiti Qatar.
Menariknya ayat surat sokongan yang tertera dalam flyers ulama itu yang menyebut Anwar berkelayakan menjadi Perdana Menteri…sebiji seperti terkandong dalam surat Mohamed Y.AlQaradawi.
Dari segi prinsipnya apa yang ditulis oleh si anak itu tidak boleh dikira suatu pandangan bapanya.
Sudah jadi lumrah dunia ada bapa yang tidak sealiran dengan anaknya.
Sebagai contohnya apa yang ditulis oleh seorang anak Perdana Menteri tidak boleh dianggap sebagai tulisan Perdana Menteri itu sendiri.
Tandatanya yang terbesar sekali dalam isu ini ialah mana dia salinan surat asal dari Yusuf Qaradawi sendiri menyokong kelayakan Anwar itu.
Kalau tidak ada salinan itu dan sekarang ini dengan tersebarnya surat anaknya itu tentu sekali ia dikira sangat meragukan.
Jika kecurigaan ini benar maka nampak sangat Anwar macam terdesak sangat untuk pakai surat sokongan ulama itu.
Ada juga yang bertanya apa perlu Anwar bawa masuk surat seumpama itu dalam kacah politiknya?
Kalau nak kira belum ada lagi orang yang nak jadi Perdana Menteri Malaysia minta orang itu dan orang ini rekomen.
Pilihanraya adalah penentunya.Jika partinya menang pintu jawatan itu terbuka dengan sendirinya.
Apakah ini ada kaitan dengan harapan agar surat ulama besar itu untuk ‘mengsucikan’ dirinya dari beberapa dakwaan moral termasuk video seks yang dikaitkan dengan dirinya.
Lojik akal berkata jika benar sekalipun itu surat Yusuf Al Qaradawi apakah ulama besar itu sudah selidik,siasat dan selongkar kisah dakwaan video seks itu sendiri dari pelbagai aspek atau sekadar mendengar ‘ penafian kosong’ Anwar sahaja.
Semua orang tahu pakar luar negara di Amerika dan Korea Selatan sendiri sudah sahkan video China Doll 99.9 peratus tulin.
Sekalipun Yusuf Al Qaradawi seorang ulama tidak semestinya beliau sendiri ada kepakaran teknikal untuk memastikan dakwaan itu benar atau tidak.
Tengok sudah Datuk Nik Aziz Nik Mat,ulama besar PAS main pejam mata pukul borong kata ia fitnah.
Boleh kerat jari Nik Aziz tidak siasat langsung kecuali dengar ‘ penafian kosong’ Anwar mungkin dari sudut perut boroi dan sebagainya.
Ada pemerhati yang menilai Anwar perlu surat sokongan ini bukan sangat dari segi nak meyakinkan rakyat jelata yang biasa ini.
Ia dikatakan lebih kepada soal hendak meyakinkan orang-orang PAS terhadap dirinya.
Ikut ceritanya bukan sedikit kalangan orang PAS yang diam-diam sangat curiga terhadap moralnya ekoran dakwaan video China Doll.
Bukan rahsia lagi PAS sehingga hari ini secara rasmi belum ambil pendirian seperti DAP mahukan Anwar calon Perdana Menteri mereka.
Sebaliknya dalam PAS memang ada ‘movement’ yang mahu Datuk Seri Haji Hadi Awang jadi calon itu.
Sebabnya sendiri boleh fikir.Kata orang kalau tidak ada angin mana mungkin pokok bergoyang.
Apapun soal PAS terima atau tidak Anwar sebagai calon mereka itu adalah soalan dalaman antara dua parti berkenaan.
Isu yang ada di depan mata sekarang ialah tentang ketulinan surat sokongan Yusuf Qardawi yang digunakan dalam kempen Anwar.
Untuk bersangka baik…Pak Sheikh…sila jawab.- 5/5/2013- OLEH ROSLI ISMAIL
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
www.agendadaily.com
.
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Selepas mengekalkan penguasaan di Selangor, pakatan pembangkang dijangka berdepan kemelut menentukan siapa bakal Menteri Besar di negeri berkenaan.Jikapun tiada ura-ura PKR menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini, keputusan pilihanraya semalam membuka ruang gosip siapa Menteri Besar baru kerana kedudukan parti PKR dan PAS sudah berbeza berbanding 2008.
Sejak petang Sabtu, sehari menjelang PRU13, laman Agendadaily lumpuh terus akibat ‘serangan’ pihak tertentu.Akibatnya laman ini tidak dapat diakses langsung.Kejadian ini nampak seperti ulangan menjelang pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak lama dulu bila mana laman ini hancur terus kena godam.
Walaupun pembangkang menambah bilangan kerusi parlimen, PAS terpaksa membayar harga yang tinggi kerana tiga jeneral mereka tersungkur dalam PRU 13.










