September, 2011:

Muhyiddin: Calon baru BN untuk jamin kelangsungan parti

Langkah Umno memilih calon yang boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang bukan bertujuan mewujudkan keadaan tidak harmonis dalam parti, sebaliknya untuk memastikan kelangsungan perjuangan parti, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin.

Timbalan Presiden Umno itu berkata Umno akan menampilkan calon yang terdiri daripada muka baru dan lama, berpengalaman, bertenaga dan yang boleh diterima pengundi.

“Ini bukan perkara baru, kami sudah melakukan perubahan setiap kali menghadapi pilihan raya cuma degree atau jumlah itu, agak berbeza-beza. Kami kekalkan yang berpengalaman dan sesuai. Kami hanya ganti siapa yang perlu diganti sahaja,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai pemilihan calon boleh menang akan mewujudkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota parti.

Muhyiddin mengakui setiap kali berlakunya perubahan akan ada pihak yang tidak puas hati namun beliau yakin parti mampu menguruskan perkara itu dengan cara terbaik.

“Jika ada yang tidak puas hati nanti, kita akan bawa berbincang. Kadang-kadang merajuk sekejap sahaja… satu dua hari tidak mahu bekerja, biasalah dalam Umno. Dalam parti pembangkang pun ada juga, ini soal parti-parti politik… biasalah,” katanya.

Muhyiddin berkata semua golongan dalam parti perlu mengakui hakikat tidak semestinya sudah lama menjadi ketua bahagian atau wakil rakyat, akan dipilih sebagai calon kerana pendapat ramai dan akar umbi menyatakan mereka mahukan muka baru.

“Mungkin sekarang masa untuk orang lain pula jadi calon. Masa kita sudah berlalu, jadi seperti mana orang sokong kita dahulu, giliran kita pula beri sokongan kepada orang lain,” katanya.

- Bernama







PM: LGE mohon maaf bukti mengakui silap

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon maaf selepas didakwa memburukkan negeri Johor, membuktikan beliau telah melakukan kesilapan.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Najib berkata pihaknya mempunyai rakaman berhubung dakwaan tersebut dan menegaskan “amat sukar” bagi Lim menafikannya.

“Kalau dia boleh nafikan, saya percaya beliau tidak akan meminta maaf.

“Dia dah minta maaf bererti bahawa itu satu pengakuan bahawa dia telah terlajak dari segi kata dan dia telah tarik balik kenyataan dia,” kata Najib.

Najib berkata banyak pihak mendesak Lim memohon maaf termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin menyebabkan setiausaha agung DAP mengakui kesilapannya.

Pada 12 Ogos lalu, Lim didakwa memburukkan negeri itu dalam pertemuan dengan wartawan asing di Singapura, dan rakaman audio yang dikatakan beliau memburukkan Johor, telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3.

Lim dilaporkan berkata rakyat Singapura menghadapi kemungkinan diculik apabila mereka pergi ke Johor.

Ditanya berhubung tindakan Lim melarang wartawan TV3 membuat liputan dalam sidang akhbarnya semalam, Najib berkata:

“Dia pilih, ada media yang dibenarkan, ada media yang tidak dibenarkan, tetapi Umno benarkan semua hadir termasuk media yang banyak memuatkan berita yang tidak berapa memihak kepada Umno dalam bilik ini,” katanya sambil disambut ketawa hadirin.







Guan Eng mohon maaf pada Sultan Johor

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan yang didakwa memburukkan negeri Johor.

NONELim berkata beliau memohon maaf sepenuhnya kepada baginda dan rakyat negeri Johor.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Lim berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri lain.

Berikut adalah kenyataan penuh Guan Eng.

Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.

Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.

Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.

Dalam laporan media, DYMM Sultan Johor juga bertitah bahawa Baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah DYMM Sultan Johor.

Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional.

Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat.

Setakat ini, selain daripada pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media tentang apa yang saya katakan di Singapura atau di Australia. Saya mempunyai akses untuk pita rakaman wawancara saya dengan Radio Australia. Saya masih sedang mencari pita rakaman tentang apa yang saya katakan di Singapura yang dibuat secara peribadi dalam satu sesi tertutup.

Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah, ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama.

Sementara itu, akhbar-akhbar utama hari ini melaporkan Sultan Johor tersinggung dengan dakwaan yang Guan Eng telah memburukan negeri itu dan ketua menteri Pulau Pinang itu didakwa berkata rakyat Singapura menghadapi kemungkinan diculik jika ke negeri itu.

Berita Harian melaporkan baginda tersinggung bila mendengar tuduhan tidak berasas dibuat berkaitan keadaan Johor.

Menurut baginda, polis Johor yang dipimpin Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, selama ini sentiasa menunaikan tanggungjawab diamanahkan dalam menjaga keselaatan dan keamanan untuk kesejahteraan seluruh rakyat dan pelancong ke negeri ini.

Pada 12 Ogos lalu, Lim didakwa memburukkan negeri itu dalam pertemuan dengan wartawan asing di Singapura, dan rakaman audio yang dikatakan beliau memburukkan Johor, telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3.

Lim dilaporkan berkata rakyat Singapura menghadapi kemungkinan diculik apabila mereka pergi ke Johor.

Kenyataan Lim itu dilaporkan mengundang kemarahan pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak setiausaha agung DAP itu memohon maaf di atas kenyataaan itu.

Bahkan kira-kira 200,000 ahli Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu Johor dilaporkan mahu tindakan undang-undang diambil kepada Lim dan menasihatkan beliau agar tidak masuk ke negeri tersebut.







Mahkamah dapati Utusan bersalah fitnah Khalid Samad

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Utusan Malaysia bersalah memfitnah ahli parlimem Shah Alam, Khalid Samad dalam kenyataan yang disiarkan di muka akhbar berkenaan.

Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham Prasad berkata plaintif (Khalid) telah berjaya membuktikan kenyataan itu – yang diambil dari blog ahli parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin – adalah salah.

Hakim bagaimanapun menarik perhatian mengapa ahli parlimen Bandar Baru Kulim itu tidak dinamakan sebagai defendan.

Mahkamah menolak pelindungan bersyarat sebagai pembelaan dalam kes tersebut kerana hakim berkata kehidupan di Malaysia perlu mengambilkira sensitiviti semua kaum, tidak seperti undang-undang di Australia atau United Kingdom.

Dalam penghakiman lisannya, hakim berkata semua defendan bersalah memuat-turun artikel dari blog tersebut tanpa memeriksa kandungannya (berhubung sensitiviti).

generation 709 220711 khalid samadHakim Sandosham menetapkan 11 Oktober untuk mendengar penghujahan tentang gantirugi.

Beliau berkata, mahkamah mendapati menggelar seseorang sebagai Abu Jahal dan sebagai kafir adalah fitnah.

Dalam saman yang difailkan tahun lalu, Khalid (kiri), dari PAS, menamakan Utusan Malaysia dan ketua pengarang kumpulan
Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebagai defendan.

Ahli parlimen Shah Alam itu mendakwa bahawa pada 11 September 2009, Aziz – selaku ketua pengarang kumpulan kedua-dua akhbar tersebut – dengan niat jahat, membenarkan penerbitan dan pencetakan perkataan fitnah terhadapnya di muka depan akhbar berkenaan.

Beliau juga mendakwa bahawa artikel bertajuk ‘Zulkifli bidas Pak Janggut’ secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut.







Majlis Peguam: K’tan tidak ada kuasa laksana hudud

Undang-undang Keseksaan terletak di bawah bidang kuasa persekutuan dan bukannya negeri, dan oleh itu undang-undang hudud tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana negeri, kata Majlis Peguam.

“Undang-undang, seperti yang ada, tidak membenarkan pelaksanaan hudud oleh negeri-negeri,” kata presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataannya itu merujuk kepada laporan bahawa negeri Kelantan telah mendapat mandat rakyat untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II (1993).

NONELim (kanan) menjelaskan bahawa undang-undang yang digubal oleh negeri “tidak boleh termasuk perkara-perkara dalam kuasa perundangan kerajaan persekutuan”.

Negeri, katanya, hanya boleh menggubal undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan oleh penganut agama Islam, dan hukuman bagi kesalahan tersebut.

Kesalahan tersebut, katanya, tidak termasuk yang telahpun diperuntukkan di bawah undang-undang persekutuan dan tidak boleh ada sebarang replikasi dengan undang-undang persekutuan, dengan hukuman yang berbeza bagi umat Islam.

“Di samping itu, undang-undang ini, jika digubal, ia sendiri mesti selaras dengan kebebasan asasi yang dijamin kepada semua rakyat, termasuk orang Islam, di bawah Bahagian II perlembagaan persekutuan,” kata Lim.

Menurut Lim, hudud, yang pada asanya undang-undang keseksaan, terletak di bawah bidang kuasa Parlimen persekutuan.

Lim memetik kes Che Omar Bin Che Soh lawan Pendakwaraya [1988] di mana Mahkamah Agung ketika itu, telah memutuskan bahawa undang-undang Malaysia tidak perlu mengakuri prinsip-prinsip Islam, dan dengan itu “mengesahkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular”.

islam religion muslim 1Dengan mengambil prinsip tersebut, tambahnya, jika hudud dibawa masuk ke dalam sistem keadilan jenayah, maka ia akan menyebabkan pengimportan undang-undang keseksaan Islam ke dalam undang-undang yang sekular, yang mana salah di sisi undang-undang.”

Pelaksanaannya, tegas Lim, akan menyebabkan undang-
undang yang berbeza untuk orang Islam dan bukan Islam dan bertentangan dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukan kesamarataan untuk semua rakyat.

Seseorang Islam juga, katanya, akan terdedah kepada dua pendakwaan atau sabitan berasingan: satu di bawah hudud dan satu di bawah kanun keseksaan, bertentangan dengan larangan terhadap perbicaraan berulang dalam Perkara 7 (2) perlembagaan persekutuan.







Najib: Saya tidak sebut ‘pemansuhan kuota’

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau tidak bermasud untuk memansuhkan kuota bumiputera dalam ucapannya sebelum ini.

Sebaliknya, Najib menjelaskan bahawa ucapan itu bermaksud supaya usahawan bumiputera menjadi lebih berdikari dalam bersaing dengan kaum lain.

“(Wartawan) tidak dengar ucapan saya dengan betul. Saya tidak sebut pemansuhan kuota tapi saya sebut jangan terlalu bersandar pada kuota.

“Peniaga bumiputera mesti lebih berdikari untuk bersaing dengan orang lain supaya kita lebih dihormati. Tapi saya tidak sebut sama sekali berhubung pemansuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dalam sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Umno hari ini.

Isu berkenaan timbul ekoran laporan media yang memetik kenyataannya ketika menjawab satu soalan di program Khazanah Megatrends Forum 2011 pada Rabu lalu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media yang memetik kenyataannya ketika menjawab satu soalan di program Khazanah Megatrends Forum 2011 pada Rabu lalu.

Najib dipetik sebagai berkata, “kami mahu menghindari kuota tetapi kami akan menyokong supaya mereka (usahawan bumiputera) terus berkembang.”

“Sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan mereka,” katanya lagi.







Usul mansuh ISA ke parlimen Mac

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan mengemukakan usul untuk memansuhkan akta ISA 1960 ke parlimen pada Mac depan.

Sementara itu, usul untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1959 dan Akta Buang Negeri 1959 pula akan dibawa ke parlimen pada sesi bermula minggu depan, katanya lagi.

Selain itu, usul pindaan ke atas Seksyen 27 Akta Polis 1967 pula akan dibentangkan pada November, tambahnya.

“Minggu depan saya akan mulakan proses itu. Tetapi akta ISA, kita kata bulan Mac tahun hadapan sebab kita kena gubal dua akta baru. Yang lain, yang mana kita boleh buat cepat, kita akan buat cepat.

“Saya sendiri akan membentangkannya (di parlimen),” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC petang ini.

Sehubungan itu, Najib berkata Majlis Tertinggi Umno sebulat suara memberi sokongan terhadap pengumumannya pada 15 September lalu berhubung cadangan kerajaan untuk memansuhkan akta berkenaan.

“Majlis tertinggi berpendapat bahawa ini adalah merupakan pelengkap kepada tranformasi yang bermula dengan GTP, ETP dan kini PTP yang mana ini menunjukkan bahawa kita mempunyai agenda yang begitu komprehensif dan menyeluruh,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi akan umbi Umno berhubung cadangan kerajaan itu, Najib berkata “kebanyakannya memahami” hasrat kerajaan dan ramai pemimpin akan terlibat untuk memberi penerangan kepada mereka.







PAS wants ‘stronger’ presence in Penang

Not many are aware that the Islamic party PAS had its humble beginnings in Penang, which is a compelling reason for the party to choose Kepala Batas to celebrate its 60th anniversary.

The event is historic, for the party intends to make a stronger impact within the state, although it has only two seats – a Parliament seat and the state seat of Permatang Pasir, Parit Buntar MP Mujahid Yusuf Rawa said.

However, Mujahid, who is also a PAS central committee member, did not commit himself on whether the party would contest more seats in Penang in the next election, which could be called as early as November or early next year.

NONEMujahid (right) said PAS would focus on issues and challenges affecting the party all these years as it faces a “rebranding” exercise to become more viable to all Malaysians.

“It is important that Penangites know PAS history and how the party first begun in the state,” he told Malaysiakini, when met in Seberang Perai last night.

“Through the years, PAS had become stronger, unlike other political parties, whose presence has diminished. We have managed to flourish in a multi-racial country like Malaysia,” he added.

Mastering art of survival

Mujahid said PAS, which currently governs the states of Kelantan and Kedah, and briefly held the Perak MB’s post before the state was reclaimed by Barisan Nasional in 2009, has adapted itself not only to the country’s diverse social landscape but with the global Islamic platform as well.

The party’s anniversary celebration will start this evening, followed by the official launch of a two-day congress by party president Abdul Hadi Awang tomorrow, and end on Sunday.

The congress, where various papers by top PAS leaders will be presented, will focus on the party’s strategies for the coming general election, which must be called by 2013.

Asked if the congress would touch on the recent controversy surrounding the PAS-led Kelantan government’s intention to implement syariah criminal law or hudud, Mujahid said it was not likely.

If the topic, which drove a wedge among the Pakatan Rakyat allies, were to be touched on, it would be only to update members on recent developments.

The celebration will kick off with a carnival and exhibition on the party’s history, and the closing ceremony on Sunday will be presided over by Kelantan Menteri Besar and PAS spiritual adviser Nik Aziz Nik Mat.

There will also be speeches by Pakatan big-wigs, including DAP national chief Karpal Singh and PKR supremo and Opposition Leader Anwar Ibrahim, on Saturday night.

No backdoor hudud for PAS

This will be followed by a forum which is expected to see the attendance of PAS deputy president Mohamad Sabu and former Perlis mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin as panel members.

hudud, pakatan meetingMujahid also said he was pleased that the recent Pakatan leaders’ meeting had respected PAS’ position in wanting to enact the hudud law, which was first proposed in 1993.

He said PAS had always proposed Islamic law within the legal framework and has never attempted to force it on others “through the back door”.

The party would rather discuss the enactment in a professional and legal manner, instead of politicising the issue to confuse the rakyat.

“We should continue to discuss the concept and philosophy behind the law in an intellectual manner instead of turning it into a political controversy,” Mujahid said.

“We always planned to do it legally and not illegally. So far, the federal government has been hindering our efforts.

“I admit that we did not mention it in our common policy framework – Buku Jingga – as hudud is under the states’ jurisdiction. The document deals with issues at the federal level,” he added.







KJ told to back PAS on hudud in Parliament

PAS Youth said they hoped Rembau MP Khairy Jamaluddin continues to support PAS’ efforts to implement hudud in Kelantan at the upcoming Parliamentary sessions in October.

Vice Youth chief Raja Ahmad Al-hiss said the Umno Youth chief had “breathed new l







Selangor cheating people of home ownership, says MCA

The Selangor state government is cheating residents of their right to full home ownership by charging exorbitant premiums, the Selangor MCA is claiming.

Kyplex Cloud Security Seal - Click for Verification