Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta
Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Para pekerja Malaysia,
Alhamdulillah, marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi, atas limpah kurniaNya dapat kita berhimpun dalam Majlis yang penuh bersejarah pada malam ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Menyambut Hari Pekerja 2012 kepada seluruh warga pekerja Malaysia. Sesungguhnya kejayaan Malaysia semalam, hari ini dan hari muka tidak mungkin tercipta tanpa sumbangan dan jasa Tuan-Tuan dan Puan-Puan para pekerja Malaysia.
Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala budi dan jasa lebih 12 juta warga pekerja Malaysia yang telah bersama-sama berusaha gigih untuk merealisasikan wawasan nasional ke arah Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Tags: Labour Day, Minimum Wage
-
Assalamualaikum wbrt….salam satu malaysia…saya yang memegang nombor kad pengenalan 780905125896 selaku penganggur yg telah berusia 34 tahun ingin meminta bantuan Dato’ Seri, dengan kuasa yang dipegang sekarang ini dan sebagai pemimpin 1 Malaysia, saya nak mendapatkan pekerjaan tetap memandangkan sejak usia 21 tahun lagi saya telah mengisi borang spa8, tetapi sampai hari ini saya masih belum menerima berita baik tersebut. bagaimana saya nak selesaikan hutang pinjaman pelajaran saya pada pihak MARA? saya pernah berkerja sebagai kerani dalam institusi swasta namun masih belum mencukupi sehinggalah tamat kontrak, dan sekarang ini saya telah memohon jawatan pembantu perpustakaan dengan gred N17, jadi dengan ini saya mohon bantuan sokongan dari Dato’ Seri. dari yang gusar.
-
kenapa pekerja sementara/temporary tidak ada kenaikkan gaji??
-
kenapa pekerja sementara/temporary tidak ada kenaikkan gaji setiap tahun??
-
saya harap gaji pengawal keselamatan akan naik…setengah tempat masih ada lagi yg degil nak naik
-
saya harp gaji pengawal keselamatan akan naik..
-
Blue ocean strategy – eliminate, reduce, raise, create
-
Dekat 10 tahun saya menanti panggilan untuk jawatan yang saya pohon dalam borang permohonan SPA8, jawatan pun taklah ‘demaind’ sangat,sekadar kemampuan dan mengikut kelayakan yang dimilki sahaja. namun sehingga ke hari ini belum ada rezeki lagi, altenatif terakhir saya ialah memilih untuk menghantar memo ini sekadar meminta sokongan dari Dato’ Seri. bukan apa, saya tengah bimbang kerana saya sedang menanggung beban hutang dengan pihak MARA. pernah bayar tapi cuma sekali sahaja kerana kemampuan masih belum cukup, maklumlah masa itu kerja sebagai kerani di syarikat swasta dengan bergaji rm800.00 sampai tamat kontrak.dan sekarang menganggur. surat peringatan MARA semakin mendesak. bukan nak salahkan tetapi bagaimana cara saya nak bayar kalau diri sendiri pun masih tekapai-kapai. baru-baru ini saya ada mencuba nasib untuk memohon jawatan sebagai pembantu perpustakaan gred N17, tak kisahlah asalkan saya memiliki pendapatan tetap agar mudah membuat pembayaran balik. walaupun saya tahu risiko umur saya semakin sukar diterima dalam sektor kerajaan. nak buat macam mana, nak berniaga, modal tak ada, kalau buat pinjaman lagi, tak mungkinlah saya lakukan kerana pinjaman dulu belum selesai lagi. saya hanya minta sokongan dari Dato’ Seri…….wassalam….dari yang sedang bimbang.
-
setuju dengan kenaikan gaji swasta sbb amat diperlukan bagi pekerja2 swasta yang begitu ramai di negara kita.akan tetapi, kenaikan ini perlulah disertakan dengan strukur panduan yang kondusif kerana terdapat beribu jenis sektor dalam swasta cthnya sektor perhotelan,pembinaan dsbgnya dan masing2 punyai struktur yang berbeza terutamanya dari segi pemberian gaji mengikut saiz dan keadaan kewangan sesebuah syarikat. syarikat yang besar dan maju mampu memberi gaji sedemikian pada pekerja tapi bagaimana pula keadaanya jika syarikat kecil dan mempunyai masalah kewangan.tidak seperti kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber kewangan. saya risau jika tiadanya panduan yang kondusif akan tambah melemahkan sektor swasta kita yang baru berkembang. komen saya ini bukan untuk membela majikan semata-mata, tapi jika keadaan ini membebankan majikan, pekerja akan kena tempiasnya malah lebih teruk. keadaan seperti pengurangan pekerja akan berlaku jika pihak majikan tidak mampu membayar gaji tersebut maka pengangguran akan berlaku. kerajaan tidak boleh menghalang pihak swasta untuk mengurangkan pekerja demi untuk memenuhi kenaikan gaji ini kerana kerajaan tidak menyumbang sumber kewangan swasta. malas mahu mengomen panjang, kenaikan gaji ni ada pro dan kontranya, tapi biarlah ianya dilaksanakan dengan mengambil kira perbezaan sektor2 perniagaan yang wujud di negara kita.wassalam
-
Saya pun nak keja gomen gak…kerja di sektor swasta dengan sektor kerajaan JURANG nya sangat JAUH…….antara langit dan bumi…saya kerja 15 tahun di sektor swasta berkelulusan diploma..berpangkat juruteknik kanan di sebuah syarikat terkenal…gaji pokok saya RM.2500….tetapi guru sekolah rendah yang berkhidmad selama 8 tahun berkelulusan diploma gred DGA38 bergaji RM.4792.19…sama dengan gaji manager saya….Adakah ini jurang yang dicipta oleh kerajaan untuk menindas golongan seperti kami…CUBA fikirkan kesan keatas golongan seperti kami….dan golongan yang lain….CUBALAH BERPEGANG KEPADA PRINSIP 1 MALAYSIA…1 EKONOMI DIKONGSI BERSAMA…BUKANNYA SATU PIHAK SAHAJA YANG MERASA…BERSIFAT AMANAH LAH…ADIL DALAM KEPUTUSAN…SESUNGUHNYA ALLAH BERSAMA MEREKA YANG ADIL DAN SAKSAMA…AMIN…

April 30th, 2012 by 











