KEMASKINI : Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan cuba bermain dengan sentimen simpati kononnya akan bersara dari politik jika pakatan pembangkang tewas pada pilihanraya umum ke 13 nanti,Datuk Seri Najib Tun Razak terus mempersoalkan tentang isu moralnya yang belum terjawab.
Berucap di Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Negeri Selangor di Teras Jernang,Bangi yang dibanjiri lebih 50,000 orang – tanya menyebut namanya tetapi sentuh soal jam Omega dalam isu dakwaan video seks dengan pelacur China – Perdana Menteri mengingatkan Ketua Pembangkang itu jangan cuba menutup kelemahan dengan menuduh orabng lain.
“Bela diri dulu,” tegasnya.
Najib berkata isu berkenaan berkait soal moral.Menurutnya orang yang bercita-cita hendak jadi Perdana Menteri harus ada kekuatan moral.
Perdana Menteri kata beliau tidak mahu ulas isu berkenaan namun menegaskan ia belum terjawab lagi.

Semua orang tahu sampai hari ini Anwar hanya buat’ penafian kosong’ mengenai pendedahan video oleh trio Datuk T yang disahkan oleh pakar luar negara 99.9 peratus tulin.
Pendedahan video itu lengkap dengan rakaman CCTV di lokasi kejadian waktu beliau dan Datuk Sharzly Eskay Abdull;ah naik dan turun lif apartmen.
Anwar hanya buat muka toya sahaja sekalipun isu video seks yang menjadi bualan ramai itu belum beres.
Ini yang membuat ramai orang geli hati mendengar kenytaaannya dakwa sudat set nak bersara jika pakatan pembangkang tewas pada PRU13.
Kenyataan itu dilihat tidak lebih dari usaha untuk memancing undi simpati dan menutup isu moral yang menyelubungi dirinya.- LAPORAN LANJUT MENYUSUL – OLEH HELME HANAFI
Pusing keliling hentam kerajaan, tapi tak berani bersumpah pertahan diri…
Sungguh tajam sindiran Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di hadapan lebih lima ribu pemimpin muda Malaysia di UiTM Shah Alam pagi Sabtu. Dengan dana sinis kata PM, orang muda perlu diberi kemahiran berfikir secara mendalam supaya tidak menerima bulat-bulat apa yang disiarkan dalam media sosial.
“Kita tidak mahu pemimpin yang pandai berlakon. Kita tak mahu pemimpin yang pandai dengan muka-muka cakap ‘oratory skill’ (kebolehan berpidato) tapi tidak ada kebenaran.
“Kita tak mahu pemimpin menyerang pemimpin lain tapi bila sampai diri sendiri tidak berani bersumpah kononnya konspirasi politik, segala-galanya konspirasi politik tapi tak sanggup mempertahankan diri sendiri dengan fakta,”katanya.
Umum tahu pemimpin yang tidak berani bersumpah dan mempertahankan diri secara fakta tersebut ditujukan kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar hanya ‘pusing keliling’ berukkan pemimpin, kerajaan dan negara tetapi beliau sendiri berdepan dengan berbagai tuduhan yang hingga ke hari ini tidak mampu dijawab secara fakta.
Ambil contoh kes video seks, kes ‘lelaki Y” kes burukkan batik Malaysia di Indonesia dan macam-macam lagi.
Sebab itu kata PM, generasi muda patut menilai pencapaian kerajaan dari semua sudut dan bukannya berdasarkan persepsi dan retorik politik.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata generasi muda perlu dilatih supaya mempunyai kemahiran berfikir secara mendalam agar tahu membezakan persepsi yang sengaja dilontarkan oleh pihak tertentu, terutamanya menerusi internet dan media sosial yang tidak berasaskan kebenaran.
“Inilah generasi yang patut boleh menilai ini semua… bukan soal persepsi. Jangan fikirkan semata-mata kita ni kerajaan, kita tak betul.
“Kalau kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sekarang tidak betul, Malaysia tidak akan membangun seperti hari ini dan Insya-ALLAH dalam beberapa tahun lagi, Malaysia akan mencapai status negara maju,” kata Najib.
Najib berucap merasmikan Konvensyen Pemikir Muda Malaysia anjuran Pertubuhan Belia Pemikir Muda Malaysia (PPM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dan UiTM Shah Alam.
Najib berkata tidak semua negara mempunyai perancangan terperinci seperti yang dilakukan Malaysia untuk mencapai status negara maju kerana kerajaan berkemampuan untuk memimpin negara dalam melakukan transformasi yang besar.
Hakikatnya, kata Perdana Menteri, Malaysia bukanlah kisah sebuah negara yang gagal dan kalau disingkap kembali detik perjalanan Malaysia yang dipimpin oleh kerajaan sekarang selama 55 tahun, banyak kejayaan yang telahpun dilakar sehingga negara ini boleh ditakrifkan sebagai kisah sebuah negara yang berjaya.
Beliau berkata,kebanyakan orang muda mengutamakan apa yang terjadi hari ini dan masa akan datang tetapi hakikatnya jika mereka tiada perspektif sejarah, maka mereka akan kehilangan punca kerana tidak mengetahui dari mana mereka datang atau asal-usul masing-masing.
Justeru, kata beliau, ada generasi muda yang tidak tahu jerih payah dan kesusahan serta pengorbanan pemimpin terdahulu untuk mewariskan kepada mereka sebuah negara yang jauh lebih baik.
“Sebab itulah sebagai generasi muda, kita tidak boleh merupakan generasi yang buta sejarah dan kita tidak boleh merupakan generasi yang tidak menghargai perjuangan generasi terdahulu daripada kita,” katanya.
Perdana Menteri berkata, generasi muda yang mempunyai perspektif sejarah adalah generasi yang tahu mengenang budi dan bukannya hanya hidup dalam kenangan sejarah, sebaliknya memiliki lebih iltizam dan lebih bertekad untuk membawa negara ke tahap yang jauh lebih tinggi.
“Inilah namanya generasi muda yang kita boleh meletakkan harapan. Ini namanya kita sebagai generasi muda mempunyai kemampuan untuk menyumbang, untuk berfikir yang disebut tadi secara kritis, secara inovatif, secara kreatif,” katanya.
Sebagai pemimpin, Najib berkata menyediakan peluang pendidikan untuk generasi muda memiliki kelulusan akademik sahaja tidak memadai kerana mereka perlu diberi persediaan menghadapi cabaran abad ke-21, antaranya serangan ke atas pemimpin yang kini bertukar dalam bentuk media sosial daripada surat layang pada masa dahulu.
Beliau berkata Barisan Nasional (BN) menekankan keperluan membuat perubahan besar yang sebenar daripada semata-mata retorik politik.
Perubahan sebenar juga tidak akan berlaku menerusi demonstrasi jalanan yang tidak menentu dengan sesetengah pesertanya melonjak-lonjak umpama kera kena belacan dan menendang anggota polis yang terbaring, katanya.
Demonstrasi jalanan bukan memantapkan demokrasi, sebaliknya Najib menyifatkannya sebagai ‘democrazy’ kerana menimbulkan huru-hara yang tidak menguntungkan dan merosakkan Malaysia.
“Huru-hara dalam negara kita tidak menguntungkan sesiapa tapi kalau tak bersetuju suarakan dengan cara baik dan bersopan,” katanya.
Najib berkata rakyat Malaysia, termasuk generasi muda, perlu melakukan yang terbaik untuk negara dan pada masa yang sama, kerajaan menyalurkan bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia dan beberapa lagi program anak muda yang akan diumumkan nanti.
“Ada cadangan tak lama lagi saya akan lancarkan kedai buku 1Malaysia jual buku lebih murah daripada kedai lain untuk generasi muda supaya dia rajin membaca.
Lepas tu kita nak buat kedai kain 1Malaysia lagi murah,” kata beliau.
Pada minggu hadapan pula, kerajaan akan memperkenalkan program anak muda yang berasaskan semangat kesukarelawan dipanggil IMOU di Kuala lumpur City Centre bagi menjuruskan anak muda kepada kegiatan membantu proses pembinaan dan transformasi negara, katanya.
Najib berkata golongan muda yang menghadapi masalah seperti Mat Rempit tidak dipinggirkan apabila kerajaan turut melaksanakan program pemulihan golongan ini dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah naungan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau menggesa golongan muda supaya mencari kemahiran dan turut mengambil maklum bahawa ada dalam kalangan mereka yang meraih pendapatan RM3,000 sebulan dengan menjual kek cawan.
“Cup cakes (kek cawan) bukan susah sangat, saya boleh buat tapi tak ada masa dah jadi Perdana Menteri,” katanya.
Pada majlis itu, Najib berkata beliau akan membantu PPM turun ke negeri sebagai rakan kongsi kerajaan untuk menjayakan program transformasi negara, terutamanya bagi golongan muda.
Konvensyen sehari ini mengumpulkan 5,000 generasi muda berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun daripada 22 latar belakang kerjaya termasuk doktor, peguam, polis hingga ke pemandu teksi muda bagi memikirkan serta mengemukakan cadangan daripada profesion masing-masing untuk perhatian kerajaan.-7/7/2012
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah.
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.


