George Kent nafi gagal penilaian teknikal

Syarikat kerjasama George Kent-Lion Pacific menafikan pihaknya gagal dalam penilaian teknikal sebelum dianugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.1 bilion.

Pengarah eksekutif George Kent, Ir Dr Cheong Thiam Fook sebaliknya berkata, syarikatnya telah terbukti berpengalaman dalam bidang kejuruteraan dan kemahiran pengurusan untuk menyelesaikan projek itu.

“Kami dengan tegas menyangkal dakwaan tidak berasas bahawa kerjasama George Kent-Lion Pacific gagal dalam penilaian penuh teknikal dan komersial.

“Juga tiada sebarang persoalan lagi bahawa George Kent mempunyai kunci kira-kira yang sihat dan dalam kedudukan kewangan yang kukuh, yang ditunjukkan dalam angka teraudit,” katanya.

Dalam kenyatannya petang ini, Dr Cheong juga berkata, pihaknya yakin akan dapat menyelesaikan projek sambungan LRT Ampang berdasarkan kos dan masa yang ditetapkan.

“Kami bangga menjadi entiti di Malaysia yang dipilih untuk menerajui projek ini selepas penilaian yang panjang dan ketat oleh pelbagai jawatankuasa pakar sebelum akhirnya diluluskan…,” kata Dr Cheong.

Syarikat Prasarana Negara Bhd kelmarin secara rasmi mengumumkan bahawa kontrak sambungan LRT Ampang dianugerahkan kepada syarikat kerjasama George Kent-Lion Pasific.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=40832







Posted by
on Aug 2 2012. Filed under berita.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kyplex Cloud Security Seal - Click for Verification