
Menjawab soalan mengenai penolakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap pelawaannya untuk berdebat, ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, menteri besar Selangor itu “tidak layak untuk menjadi seorang guru”.
“Menteri Besar Selangor menawarkan saya menjadi pelajarnya, tetapi saya fikir dia tidak layak menjadi seorang guru, kerana sebagai seorang guru, beliau perlu membayar RM500,000 untuk mendapatkan seseorang bagi menjelaskan urusannya. Sebagai seorang guru, dia tidak cekap, tidak telus, dan tidak bertanggungjawab,” kata Chua.
Chua merujuk kepada kenyataan Khalid apabila menolak jemputan berdebat dengannya berkaitan isu penyusunan semula hutang Talam.
Angka RM500,000 itu, kata Chua, diperolehi daripada laporan media sebelum ini.
Semalam, ketika menolak tawaran untuk berdebat dengan Chua, Khalid berkata beliau sedia mengambil Chua menjadi pelajarnya sebaik sahaja siapnya laporan audit terhadap penyusunan semula hutang Talam.
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=42760
Posted by peterpang
on Aug 16 2012. Filed under berita.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry









