Perutusan YAB Perdana Menteri Bulan Ramadhan 1433H

Perutusan YAB Perdana Menteri Bulan Ramadhan 1433H

Posted in Blog on Date July 20th, 2012 by Najib Razak | CommentsView Comments

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah puji syukur ke hadrat Allah SWT. kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita meraikan bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini dalam keadaan penuh keberkatan dan kerahmatan.

Bulan Ramadhan adalah merupakan bulan kemuliaan dan penuh keberkatan yang dikurniakan Allah SWT kepada umat Islam untuk di ambil peluang bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dengan pelbagai ganjaran pahala yang berlipat-kali ganda.

Ibadat puasa yang dilakukan dengan penuh kesempurnaan, sudah pasti mampu mengawal segala kemaksiatan dunia dan dapat mendidik jiwa menjadi lebih tenang dan seterusnya membentuk diri menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah SWT.

Sesungguhnya bulan Ramadhan ini adalah bulan perjuangan menentang hawa nafsu. Harus diingatkan di bulan yang mulia ini kita perlu menginsafi diri dengan membantu para fakir miskin, anak-anak yatim dan orang yang kurang bernasib baik daripada kita. Perbuatan membazir haruslah dielakkan. Sikap suka bersedekah mestilah dipupuk. Zakat fitrah pula janganlah dilupakan.

Menyedari akan kemuliaan bulan ini, saya menyeru agar semua umat Islam di Malaysia menguatkan lagi perpaduan ummah kerana harus diingat perpaduan dan penyatuan umat merupakan asas kekuatan umat Islam pada masa hadapan. Inspirasi perpaduan daripada peristiwa Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan harus di jadikan pedoman oleh umat Islam seluruhnya.

Perpecahan umat Islam akibat perbezaan dan ideologi politik merupakan salah satu faktor yang boleh melemahkan kekuatan Islam di dalam negara ini. Yakinilah bahawa kemenangan dan kejayaan itu hanya akan datang apabila terciptanya perpaduan di antara yang memimpin dengan yang dipimpin.

Ingatlah sesungguhnya musuh-musuh Islam sentiasa berusaha untuk memecah-belahkan umat Islam, mereka sedar kekuatan Islam selama ini banyak bergantung kepada perpaduan yang terbina erat.

Justeru, bersama-samalah kita mengenepikan perbezaan pendapat dan ideologi politik demi perpaduan ummah yang akan membawa seluruh umat Islam di Malaysia ini ke suatu dimensi baru yang lebih baik pada masa yang mendatang.

Akhir kalam janganlah kita lupa untuk mencari kerahmatan di malam Lailatulqadar yang mempunyai ganjaran kebaikan bersamaan seribu bulan. dan rahmat keampunan daripada Allah SWT. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa. Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    Tags:

    |

    • mudah mudahan kite akan mempertingkatkan amalan pahala

    • semoga puasa kita semua diterimaNya…..AMIIN

    • W’salam Salam 1Malaysia. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak juga buat Dato’Sri sekeluarga. Insyallah kita dapat jalani ibadah terawih, bersahur, berpuasa dgn penuh kerahmatan,keinsafan dan dipermudahkan Nya! aamin 

    • Mudah-mudahan ade la bonus sblm raya..amin..

    • LAIN JE BUNYI MACAM PELIK JEEEEEEEEE

    • ASSALAMUALAIKUM DATO’ SRI,

      SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT DI BULAN RAMADAN. 
      SEMOGA IBADAT DITERIMA ALLAH;
      SEMOGA PERPADUAN UMAT ISLAM TERUS UTUH;
      SEMOGA WAWASAN YAB DATO’ SRI MENJADIKAN NEGARA DAN RAKYAT MAJU BERPENDAPATAN TINGGI TERCAPAI

    • KUALA LUMPUR, PERLU ADA 100,000 KERETA YANG BERHARGA 3JUTA RM SETIAP UNIT BAGI MELIHAT BANDARAYA INI MAKMUR DAN METROPOLITAN, SAYA SYORKAN SETIAP RAKYAT TANG MEMBAYAR CUKAI PERIBADI 5,JUTA RINGGIT DI KURNIAKAN 2 UNIT AP KHAS,YANG NOMBUR PENDAFTARAN NYA KL 1  HINGGA KL 100000.
      DATUK SERI BANYANG KAN JIKA 5000 ROLLS ROYCE ,5000 BUGATI,LOMBOGINI,MAYBANCHS..,JIKA KERETA MEWAH BERKELIARAN DI JALAN RAYA DI KUALA LUMPUR,..
      ” MALAYSIA KU SEJAHTARA”
      PELABUR ASING YANG SAMPAI DI KL MELIHAT KERETA INI DI HOTEL HOTEL MEWAH.. MELABANG MALAYSIA AMAN MAKMUR SEJAHTERA…

      DATUK SERI SAYA POHON TOK PA DAN HUSNI.. KAJI CARA PERLAKSANAAN NYA

      SALAM 

      MALAYSIA NEGARA KU

    • Assalamualaikum,Datuk sri Datuk menjemput saya menulis dalam blog bukan.Saya terpanggil untuk memberitahu Datuk Sri, bahawa dahulu nabi muhamd saw pernah bersabda,Islam dan sinarnya akan kembali semula di timur .Sambil baginda tunjuk arah ke asia tenggara.Dan dahulu ada orang agama saya pernah diberitahu bahawa pada akhir zaman pohon-pohon akan menjadi emas,maksudnya adalah ia satu ilham dalam tempoh 20 tahun atau lebih,Sebenarnya dahulu emas selalunya dikaitkan dengan bangsa Arab iaitu petroleum,kini emas bermaksud pohon sawit atau istilah bioteknologi yang menghasilkan pendapatan besar bagi mana-mana negara .Datuk tanya saya mengenai rumah,saya memanglah bukan setakat workskilled pertukangan ,electrical and banyak kemahiran lain tetapi bidang yang melibatkan pengiraan ukur bahan ,pembinaan, memang pun dalam bidang saya pelajari dahulu.
      Anak jati bandar Muar memanglah kena tahu berzanzi,mengaji,tadarus,malah tarhim subuh ,qasidah cukup suka saya dengar.

      Lain guru lain pengajaran.Guru -guru bukan zaman moden mentafsirkan sesuatu dengan mata hati yang bersih jauh kehadapan, tetapi dengan amalan terlebih dahulu.wasalm.Selamat berbuka puasa.wasalam

    • Selamat Berpuasa Dato Seri!. Hoping you have a safe and blessed week. I am hoping to pay a visit to your UMNO Pwtc headquarters to join sometime this week. Being disappointed greatly by what the so called Opposition in this country is doing I believe that I being a Composer and Music Producer having worked alongside artists such as Dato Siti, Amy Search and many more, BN/UMNO is the best place to be right now. We need to keep Malaysia rising and developing. To me only BN/UMNO can do the job. I pray for our nation’s continued progress. Yours sincerely – Ross Ariffin

    • Salam 1 malaysia , happy birthday yang amat berhormat  dato seri najib tun abdul razak.
      have a winning year ahead.

    • yvone, utk keluar dari kemiskinan jgn harap subsidi sahaja, ada yang boleh dibantu dan ada yg tidak boleh dibantu, kalau kat dengkil 2 ramai lagi yg susah salurkan maklumat kepada agensi kerajaan yang rasana boleh membantu ..

    • Selamat Hari Kelahiran Semoga Hidup DiBerkati Allah Dikurniakan Kesihatan dan KeJayaan DiDunia dan Akhirat InsyaALLAH – Amiinn

    • Salam 1Malaysia,
      Selamat Hari Jadi YAB PM..Harapan dan doa kami agar Dato’ Seri diberi kekuatan serta ketabahan dalam memimpin negara yang Tercinta Ini..

    • setuju

    • Asalamualaikum Dato’Seri, terima kasih  atas pemberian bantuan RM 500 kepada pesara.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    Kyplex Cloud Security Seal - Click for Verification