AGENDA DAILY

Surat sokongan ulama Yusuf Qaradawi…betul ke ni Pak Sheikh?

qaradawi513Kalau betul…no problem.Seperti mana-mana Hamba Allah lain Datuk Seri Anwar Ibrahim pun perlu ‘surat sokongan’.Apa lagi kerja yang pembesar utama pakatan rakyat ini sedang cuba pohon ialah jawatan Perdana Menteri.

Tarikh temuduganya ialah pada hari Ahad 5 Mei ini yakni pilihanraya umum ke 13.

Kisah Anwar hendak guna surat ulama terkemuka ini untuk PRU13 sudah lama bocor dan kini nyata ia sudah diguna pakai dalam bentuk flyers dan sebagainya semasa tempoh kempen sekarang.

Cuma yang tidak sedap sikit sudah timbul kecurigaan tentang ‘ketulinan’ surat itu.

Betulkah surat sokongan itu ditulis sendiri oleh Yusuf Al-Qaradawi?

Agendadaily ada menerima satu risalah Kelab Penyokong BN yang mempersoalkan hal berkenaan.

surat-sheikhxx600

Malu besar kalau ini sudah jatuh kes kelentong.

Isu ini sudah pun menjadi bahan bualan.

Rasanya Anwar perlu tampil dan jawab sendiri untuk elak kecurigaan.

Kecurigaan itu timbul ekoran tersebar pula salinan surat yang dikatakan ditulis oleh anak ulama itu yakni Mohamed Y.Al Qaradawi seorang pembantu professor di Universiti Qatar.

Menariknya ayat surat sokongan yang tertera dalam flyers ulama itu yang menyebut Anwar berkelayakan menjadi Perdana Menteri…sebiji seperti terkandong dalam surat Mohamed Y.AlQaradawi.

Dari segi prinsipnya apa yang ditulis oleh si anak itu tidak boleh dikira suatu pandangan bapanya.

Sudah jadi lumrah dunia ada bapa yang tidak sealiran dengan anaknya.

Sebagai contohnya apa yang ditulis oleh seorang anak Perdana Menteri tidak boleh dianggap sebagai tulisan Perdana Menteri itu sendiri.

Tandatanya yang terbesar sekali dalam isu ini ialah mana dia salinan surat asal dari Yusuf Qaradawi sendiri menyokong kelayakan Anwar itu.

Kalau tidak ada salinan itu dan sekarang ini dengan tersebarnya surat anaknya itu tentu sekali ia dikira sangat meragukan.

Jika kecurigaan ini benar maka nampak sangat Anwar macam terdesak sangat untuk pakai surat sokongan ulama itu.

Ada juga yang bertanya apa perlu Anwar bawa masuk surat seumpama itu dalam kacah politiknya?

Kalau nak kira belum ada lagi orang yang nak jadi Perdana Menteri Malaysia minta orang itu dan orang ini rekomen.

Pilihanraya adalah penentunya.Jika partinya menang pintu jawatan itu terbuka dengan sendirinya.

Apakah ini ada kaitan dengan harapan agar surat ulama besar itu untuk ‘mengsucikan’ dirinya dari beberapa dakwaan moral  termasuk video seks yang dikaitkan dengan dirinya.

Lojik akal berkata jika benar sekalipun itu surat Yusuf Al Qaradawi apakah ulama besar itu sudah selidik,siasat dan selongkar kisah dakwaan video seks itu sendiri dari pelbagai aspek atau sekadar mendengar ‘ penafian kosong’ Anwar sahaja.

Semua orang tahu pakar luar negara di Amerika dan Korea Selatan sendiri sudah sahkan video China Doll 99.9 peratus tulin.

Sekalipun Yusuf Al Qaradawi seorang ulama tidak semestinya beliau sendiri ada kepakaran teknikal untuk memastikan dakwaan itu benar atau tidak.

Tengok sudah Datuk Nik Aziz Nik Mat,ulama besar PAS main pejam mata pukul borong kata ia fitnah.

Boleh kerat jari Nik Aziz tidak siasat langsung kecuali dengar ‘ penafian kosong’ Anwar mungkin dari sudut perut boroi dan sebagainya.

Ada pemerhati yang menilai Anwar perlu surat sokongan ini bukan sangat dari segi nak meyakinkan rakyat jelata yang biasa ini.

Ia dikatakan lebih kepada soal hendak meyakinkan orang-orang PAS terhadap dirinya.

Ikut ceritanya bukan sedikit kalangan orang PAS yang diam-diam sangat curiga terhadap moralnya ekoran dakwaan video China Doll.

Bukan rahsia lagi PAS sehingga hari ini secara rasmi belum ambil pendirian seperti DAP mahukan Anwar calon Perdana Menteri mereka.

Sebaliknya dalam PAS memang ada ‘movement’ yang mahu Datuk Seri Haji Hadi Awang jadi calon itu.

Sebabnya sendiri boleh fikir.Kata orang kalau tidak ada angin mana mungkin pokok bergoyang.

Apapun soal PAS terima atau tidak Anwar sebagai calon mereka itu adalah soalan dalaman antara dua parti berkenaan.

Isu yang ada di depan mata sekarang ialah tentang ketulinan surat sokongan Yusuf Qardawi yang digunakan dalam kempen Anwar.

Untuk bersangka baik…Pak Sheikh…sila jawab.- 5/5/2013- OLEH ROSLI ISMAIL



IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.


MB Selangor: PAS dan PKR dijangka berbalah?

khalidmb-513Selepas mengekalkan penguasaan di Selangor, pakatan pembangkang  dijangka berdepan kemelut menentukan siapa bakal Menteri Besar di  negeri berkenaan.Jikapun tiada ura-ura PKR menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini, keputusan pilihanraya semalam membuka ruang gosip siapa Menteri Besar baru kerana kedudukan parti PKR dan PAS sudah berbeza berbanding 2008.

Pada 2008, PKR yang memperolehi 15 kerusi DUN, DAP 13 dan PAS pula lapan sepakat memilih Khalid yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok sebagai Menteri Besar.

Itupun selepas dua minggu perbincangan antara pemimpin-pemimpin utama parti pembangkang itu sebelum mencapai kesepakatan.

Sekiranya Khalid bukan lagi mengekalkan jawatan itu, kemelut menentukan Menteri Besar dijangka berulang.

Pada Isnin, Khalid sudah memaklumkan pakatan rakyat akan memutuskannya minggu depan.

Dengan PAS memperolehi 15 kerusi, lebih satu berbanding PKR dan ambil kira amalan biasa parti yang menang kerusi banyak layak menyandang jawatan Menteri Besar.

Walaupun DAP menambah bilangan kerusi dua kerusi DUN dan sama bilangan dengan jumlah kerusi PAS, namun ketiadaan wakil rakyat Melayu beragama Islam sekaligus menutup ruang DAP bersaing menuntut jawatan tersebut.

Bagi bekas Pesuruhjaya PAS dan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, inilah masa PAS menuntut ruang supaya parti itu diberikan jawatan berkenaan kerana memperolehi kelebihan kerusi DUN.

“PAS kena tonjolkan calon mereka. Ramai yang layak dan boleh membawa kebaikan kepada rakyat, pembangunan negeri dengan agama sebagai bingkai akhlak yang kuat,” katanya kepada Agendadaily.

Menurutnya, ini boleh beri imej baru kepada Selangor serta memenuhi kehendak rakyat yang mahu pucuk pimpinan telus dan bersih.

Bagaimanapun, Presiden Jati itu percaya, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mempertimbang perkara ini supaya mendapat seorang Menteri Besar yang boleh secucuk dengan budaya Istana selain diterima rakyat.

Dr Hasan berpendapat antara nama yang boleh dipertimbangkan pucuk pimpinan PAS adalah Adun Sabak Sallehen Mukhyi,Adun Paya Jaras Mohd Khairudin Othman serta Adun Sijangkang yang juga Exco Dr Ahmad Yunus Hairi.

“Masing-masing mempunyai kelebihan baik dalam bidang agama mahupun pembangunan serta pentadbiran,” ujar bekas wakil rakyat Bebas Gombak Setia itu.

Kelebihan dijangka memihak kepada Sallehen yang sudah beberapa kali menjadi wakil rakyat.

Sementara itu Adun Chempaka yang juga Exco Iskandar Abdul Samad juga antara layak ditonjolkan tetapi faktor kesihatan yang dihadapinya mungkin menyukarkan peluangnya.

Dalam pada itu, pakatan rakyat Selangor dijangka memilih Pesuruhjaya PAS negeri Dr Rani Othman, Adun Meru jika mahu menggantikan Khalid.

Dr Rani dilihat amat rapat dengan pemimpin PKR dan DAP sekaligus pemilihan beliau memudahkan kerjasama dan persefahaman mereka dalam menguruskan negeri.

Namun, ramai ingin tahu kedudukan Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang disebut-sebut akan menggantikan Khalid.

Sekiranya pemimpin pakatan rakyat setuju PAS menerajui Selangor, impian Azmin sebagai Menteri Besar dijangka terkubur.

Pastinya kumpulan pro Khalid yang dikatakan tidak sebulu dengan Azmin boleh tepuk tangan jika bukan Azmin jadi Menteri Besar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka main peranan besar dalam memastikan Azmin terpilih ke jawatan itu dan sekali lagi ‘persabahatan’ PAS dengan PKR akan teruji sama ada hendak akur atau tidak jika Anwar mahu Azmin sebagai Menteri Besar. -  6/5/2013-OLEH ROSLAN BIAN


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.


Agendadaily lumpuh kena godam…dah OK

rosak1Sejak petang Sabtu, sehari menjelang PRU13, laman Agendadaily lumpuh terus akibat ‘serangan’ pihak tertentu.Akibatnya laman ini tidak dapat diakses langsung.Kejadian ini nampak seperti ulangan menjelang pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak lama dulu bila mana laman ini hancur terus kena godam.

Kami telah berusaha membaiki laman ini dan selesai malam ini.

Sekalipun laman ini sudah dibaiki namun dijangka akan berlaku up and down dari masa ke semasa.

Maknanya ada kala dari sekarang ia mungkin boleh diakses dan ada kala tidak.Ini kerana serangan itu terus berlaku.

Kami akan mulai update balik laman ini dengan berita baru dari masa ke semasa seperti biasa mulai lewat malam ini.

Buat sementara waktu kebanyakan berita di laman ini adalah yang sebelum PRU13 kerana kami tidak dapat update sejak petang Sabtu kerana lumpuh.- Pengarang


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.


Kubur tak bertanda buat jeneral-je?neral PAS yang kecundang!

matsabu-husamWalaupun pembangkang menambah bilangan kerusi parlimen, PAS terpaksa membayar harga yang tinggi kerana tiga jeneral mereka tersungkur dalam PRU 13.

Lebih malang, bilangan kerusi parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu merosot daripada 23 yang dimenangi pada 2008 kepada hanya 21 kerusi parlimen kali ini.

Barangkali kekalahan dua naib presiden, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayob sudah diramalkan.

Husam ibarat membunuh diri  gara-gara nak tunjuk terror dengan memilih menentang Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agung UMNO dan juga penyandang  kerusi Parlimen Putrajaya.

Pertembungan mereka nampak macam sengit tetapi kemenangan Tengku Adnan dengan majoriti 5,541 membuktikan Putrajaya – pusat pentadbiran dan kediaman penjawat awal kekal sebagai kubu kuat BN.

Apapun bekas Exco Kerajaan PAS Kelantan itu boleh memujuk hatinya sendiri dengan kemenangannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor.

Di kerusi lamanya itu beliau menewaskan calon BN Mohd Nordin Awang dengan majoriti 3,683.

Namun masa depan politiknya nampak macam malap bila tidak dilantik ke jawatan Menteri Besar ganti Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Adun Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakcop sudah angkat sumpah sebagai Menteri Besar baru Kelantan.

Bukan setakat itu,malah beliau tidak dilantik ke jawatan Exco Kerajaan Negeri.

Salahuddin pula boleh melupakan harapan menjadi Menteri Besar Johor kerana penambahan beberapa kerusi parlimen dan DUN oleh pembangkang di negeri Selatan tanahair itu tidak cukup untuk beliau mengapai impiannya itu.

Beliau memilih DUN Nusajaya berdepan Datuk Dr Zaini Abu Bakar dan Parlimen Pulai menentang Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Sebelum ini, Salahuddin adalah ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan tetapi kerana beliau kelahiran Johor dan peraturan tidak rasmi parti melarang orang luar bertanding, Salahuddin kembali ke Johor.

Akhirnya negeri tumpah darahnya jadi ‘kubur’ politik dan nasib malangnya mungkin berterusan dalam pemilihan parti akan datang.

Salahuddin boleh terus meratapi kekalahan di Nusajaya yang dimenangi Dr Zaini dengan majoriti 2,201 undi serta tewas dengan majoriti 3,226 kepada Nur Jazlan.

Namun kejutan terbesar adalah kalahnya Mohamad Sabu di kerusi Parlimen Pendang kepada Datuk Othman Abdul dengan majoriti 2,638.

Timbalan Presiden PAS itu hanya memperolehi 29,527 undi berbanding Othman sebanyak 32,165 undi.

Ayam sabung PAS yang dikenali sebagai Mat Sabu pada awalnya dijangka menang di kerusi Pendang yang dimenangi calon parti itu pada 2008 dengan majoriti 4,073 undi.

Malangnya, Pendang yang dijangka jadi kubu PAS dan Mat Sabu untuk kekalkan taringnya dalam parti dan pakatan pembangkang bertukar jadi‘kubur’ nya selepas keputusan pengundiaan dikira.

Ada beberapa faktor dikaitkan dengan kekalahan beliau yang juga calon payung terjun PAS kerana kerap bertukar tempat bertanding dalam pilihanraya.

Antara faktor dikaitkan dengan anak kelahiran Pulau Pinang itu adalah beliau dituduh mengamalkan fahaman Syiah.

Lawannya pula yang cukup dikenali penduduk Pendang dengan panggilan Tok Man Bedul adalah anak tempatan dan sudah beberapa kali memenangi kerusi itu.

Othman pernah menentang Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Kerana itu Tok Man Bedul adalah lawan yang ‘adil’ dengan Mat Sabu dan kesudahannya Timbalan Presiden PAS itu kena tunggu lima tahun lagi kalau berhasrat mahu bertanding lagi.

Kini hanya tinggal Datuk Mahfuz Omar yang kekal menang di Parlimen Pokok Sena menewaskan Datuk Sahlan Ismail – Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri dengan majoriti mengempis daripada 5,731 pada 2008 kepada 3,935 pada PRU 13.

Naib Presiden PAS itu boleh terus dengan cerita-cerita satira dan‘kosongnya’ di sidang Parlimen sebagai orang lama parti tersebut.

Beliau bernasib baik dengan kemenangan itu jika tidak semua jeneral perang PAS ‘terkubur’ dalam PRU 13.

Jika itu berlaku, mungkin ada benar juga cakap-cakap ada usaha tertentu PAS untuk membersihkan parti itu daripada golongan Anwarinas yang lebih menghormati Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Apa pun PAS bukan sahaja sudah hilang suara Salahuddin di Parlimen tetapi seorang lagi pemimpin mereka yang dikatakan cukup mahir ekonomi Dr Dzulkifly Ahmad turut tewas di Parlimen Kuala Selangor.

Khabarnya ada pemimpin terutama kumpulan ulama tidak suka dengan percaturan pada pemilihan pucuk pimpinan parti dua tahun lalu menyaksikan Nasaruddin Mat Isa ditewaskan.
 
Kerana terlalu ramai kumpulan Anwarinas yang menang, PRU 13 dilihat adalah tempat paling sesuai untuk menguburkan mereka kerana PAS mahu kembali membaiki imej sebagai parti Islam setelah banyak terpalit lumpur gara-gara bersekutu dengan DAP dan PKR.

Itulah harga tinggi yang terpaksa dibayar PAS pada PRU 13 dalam usaha membantu Anwar jadi Perdana Menteri tetapi berakhir dengan beberapa jeneralnya ‘menghuni’ kubur tak bertanda. – 6/5/2013-OLEH ROSLAN BIAN


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.


Kes video tak selesai lagi…Mustapha Ali dah cakap pasal Hudud

mustafa-lakarangraphicDalam bab ini Datuk Mustapha Ali terpaksa belajar terima realiti semasa.Nampak sangat ramai yang tetap pandang lain macam padanya sekalipun beliau cuba nak buat ‘muka sardin’ saja terhadap video seks yang dikaitkan dengan dirinya.

Setiausaha Agung PAS itu mungkin rasa beliau perlu tampil bersahaja macam tak ada hal…business as usual.

Politik tetap politik namun dunia tetap dunia.Memang susah nak ubah fikiran orang bila sudah lihat sesuatu yang dirasai cukup meyakinkan.

Apa lagi dalam situasi yang mencurigakan itu Mustapha ada hati nak mencelah komen pasal isu hukum Hudud.

Dengar cerita di sana sini…gara-gara ini Mustapha terus dijadikan bahan lawak hingga ada yang mengaku macam nak tersedak keluar makanan dari mulut bila mendengar beliau komen mengenai hukum hakam Islam itu yang hendak dilaksanakan oleh PAS.

“Dia tak ingin nak apply Hudud pada dirinya ke?” itu antara kata-kata sindirian yang berlegar.

Kita cuma tukang lapor mengenai apa cerita yang hangat di pasaran.Minta maaf jika Mustapha rasa isu ini sudah reda dan mungkin ada yang sudah lupa dicelah-celah kehangatan kempen menjelang PRU13 pada 5 Mei.

Sebaliknya hingga ke hari ini ramai yang tertunggu-tunggu apa langkah PAS dalam isu yang terus menjadi perhatian ramai ini.

Bagi mereka PRU13 bukan alasan PAS nak main silap mata pendam isu ini lebih-lebih lagi ia melibatkan seorang pembesar sebuah parti yang guna nama Islam.

Tidak ramai yang boleh terima satu ‘penafian kosong’ begitu saja tanpa satu siasatan terperinci keatas dakwaan video seks berkenaan.

Lihat sahaja bagaimana  para wartawan bergegas ke Masjid Rusila di Marang Jumaat lalu, bagi membuat liputan Mustapha dikatakan bersedia bersumpah laknat sebaik sahaja selesai solat Jumaat di masjid itu.

Bagaimanapun penantian itu nyata sia-sia bila beliau tidak muncul langsung.
 
Desas-desus Mustapha mahu membuat sumpah laknat itu dikatkan tersebar luas menerusi laman blog propembangkang sejak Khamis lalu.

Itu yang menyebabkan sebahagian besar wartawan berkampong menunggu beliau di masjid tersebut sejak awal pagi hari itu.
 
Difahamkan perasaan ingin tahu ini turut terpendam dikalangan ramai ahli parti itu sendiri sekalipun mereka tidak berani bercakap mengenainya secara terbuka.

Pada ketika yang sama ramai yang dikatakan merasa naik mual mendengar para pemimpin PAS bercakap tentang Islam dan mempersoalkan akidah orang lain sedangkan ‘gajah’ di depan mata belum beres.

“Sekadar penafian je tak cukup serupalah macam Nuar atau Azmin Ali hari tu. Apatah lagi lembaga disiplin PAS pun langsung tak buat siasatan. Klau org lain sibuk suruh rujuk surah al Hujurat ayat 6 Kenapa bila kena org sendiri tak buat apa2 siasatan pun.Jadi apa bezanya PAS ni dengan parti lain.?Nanti org kata pandai cakap je tapi tak boleh buat.”- itu salah satu komen terbaru yang dipetik di facebook mengenai isu Mustapha.

Dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS,Sabtu Mustapha menegaskan bahawa parti itu PAS tetap komited kepada agenda mewujudkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud walaupun DAP menentangnya.
 
“Tiada orang Islam boleh atau berani menolak hudud,”katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS.

Hebat…bunyi kenyataannya memang macam guruh.

Semua orang nak tengok hebat mana PAS berentap dengan DAP dan PKR dalam bab ini.

Bagaimana pula tentang saman fitnah UMNO terhadap dirinya, peguamnya dan lidah rasmi PAS, HarakahDaily kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran satu video seks berkenaan?

Mustapha berkata beliau akan memberi penjelasan mengenai perkara itu pada ceramahnya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei.

Minggu lepas, UMNO memfailkan saman fitnah terhadap Mustapha dan dua lagi berhubung penerbitan lima artikel yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah itu di laman sesawang baru-baru ini.

Sebelum itu UMNO memberi tempoh kepadanya memohon maaf dan tarik balik dakwaan.Namun beliau tidak penuhi tuntutan itu.

Soalnya sekarang kenapa tunggu 3 Mei…2 hari menjelang PRU13 dan kenapa penjelasan itu dalam bentuk ceramah?

Kalau begitu,Mustapha tidak boleh salahkan mana-mana pihak yang mengandikan ia tidak lebih dari taktik melengah-lengahkan isu ini.

Sepatutnya bukan 3 Mei tetapi sejurus timbul isu ini beliau harus membuka diri untuk menjawab segala tandatanya dalam satu sidang akhbar dimana wartawan boleh bertanya balik.

Apakata kalau 3 Mei ini beliau tetapi bagi ‘penafian kosong’? Siapa yang nak persoalkannya nanti.?

Mengambil kira pada perpatah – berani kerana benar…takut kerana salah…gerak langkah itu sudah nampak tak cantik.-27/4/2013


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.


Tok Pa terkejut tengok Gelombang Merah di Kelantan…

tukarkelantan13Berdasarkan mood semasa yang ditunjukkan rakyat Kelantan, kini tidak mustahil BN membuat kejutan besar dengan memenangi 30 kerusi DUN pada PRU13 5 Mei ini, kata Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ia di luar sasaran awal sebanyak 23 daripada 45 kerusi DUN yang akan dimenangi memandangkan sambutan positif rakyat sejak hari penamaan calon Sabtu lalu, yang di luar dugaan sama sekali.

“Perubahan itu amat ketara terutama di Pasir Puteh apabila ramai anggota PAS dan PKR menyertai UMNO sama ada secara senyap atau terbuka,” katanya selepas berucap pada perjumpaan khas dengan lebih 1,000 anggota jentera UMNO Parlimen Pasir Puteh di Cherang Ruku malam tadi.

Turut hadir calon BN Parlimen Pasir Puteh Tuan Mustaffa Tuan Mat, calon DUN Limbungan Mohd Rujhan Salleh, calon DUN Semerak Zawawi Othman, Calon DUN Gaal Redzuan Stapha dan calon DUN Selising Zulkifli Ali.

Beliau berkata perubahan itu hasil kerja kuat seluruh jentera BN selama dua tahun terutama di Pasir Puteh di bawah program ‘Selamat Tinggal PAS’ dan ‘Gelombang Merah’ sehingga berjaya menarik penyertaan antara 40,000 hingga 50,000 rakyat pada satu-satu majlis.

tukar

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan persoalan sama ada BN mampu menawan kembali Kelantan atau sebaliknya, kini terletak dalam tangan kira-kira 130,000 pengundi tempatan yang berada di luar negeri itu.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, keupayaan BN di Kelantan bukan mustahil kerana parti itu hampir menawan negeri berkenaan pada 2004 jika tidak kerana kalah dengan satu kerusi.

Tambahan pula menurut beliau, kekuatan jentera UMNO dan Pas di Kelantan kini seimbang.

Bahkan katanya, berdasarkan pemerhatian, didapati rakyat Kelantan yang bermastautin di negeri itu sudah bersedia untuk berubah kerana mahu merasai kehidupan yang lebih baik dari aspek infrastruktur dan ekonomi berbanding sekarang.

“Semuanya kini bergantung pada rakyat Kelantan sendiri. Namun, kita jangan lupa kekalahan BN pada 2008 disebabkan pengundi yang menetap di luar negeri itu yang masih mahu memberi sokongan kepada Pas.

“Pengundi yang menetap di luar Kelantan tetap memberi mandat kepada Pas kerana mereka tidak merasai kesukaran hidup yang serba kekurangan.

“Pengundi luar tidak sedar dan tidak merasai masalah di Kelantan. Selama ini kehidupan mereka senang kerana kenikmatan dan faedah yang disediakan oleh kerajaan negeri yang diperintah oleh BN,” katanya.

tukar3Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan melaksanakan tujuh projek besar untuk memajukan Kelantan sekiranya diberi mandat pada pilihan raya nanti, selain jaminan berlaku adil dalam isu royalti minyak.

Tujuh projek berkenaan ialah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, 3,000 buah rumah rakyat, kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan masjid ikon bernilai RM50 juta.

Selain itu, Perdana Menteri juga berjanji akan menyelesaikan masalah air dan memperkenalkan sistem pengangkutan Rapid di Kota Bharu.

Sementara itu, Seorang pemerhati politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain percaya BN boleh menguasai pemerintahan di Kelantan sekiranya momentum transformasi politik yang diterajui oleh Najib dikekalkan.

Jelas beliau, sama ada BN mampu memperoleh majoriti kukuh di negeri itu atau tidak, bukan persoalan tetapi Pas bukan lagi mendominasi dalam kekuatan politik di Kelantan pada masa ini.

“Selain transformasi politik oleh Najib, kita perlu akur bahawa tingkah laku manusia terhadap politik juga berubah, tidak statik.

“Faktor perubahan itu banyak didorong oleh kepincangan yang dilakukan dalam kerajaan-kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang terutama yang berlaku di Selangor,” ujar beliau.-27/4/2013


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.


Pencerobohan Lahad Datu: Kerajaan ada bukti pembabitan tiga pemimpin pembangkang

ld-postergantungkiram513Kerajaan mempunyai bukti penglibatan tiga pemimpin popular pembangkang yang dipercayai mendalangi tindakan pencerobohan pengganas Kiram di Sabah baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka terdiri daripada dua pemimpin pembangkang dari Semenanjung Malaysia dan seorang lagi dari Sabah.

Kata beliau, bukti-bukti dari segi perundangan sedang dilakukan bagi membolehkan mereka diheret ke mahkamah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

“Kita mengambil tindakan undang-undang dan semua maklumat itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut sebab kalau ambil tindakan secara yang lain, kita akan dianggap bermain politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas Alor Setar hari ini.
 
Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.  
  
Beliau berkata, pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik, maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13.  
  
“Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.
  
“Bila akan diserahkan… tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicapkan sandiwara politik Umno,” katanya.

Sebelum ini, agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari lalu telah mendakwa bahawa pencerobohan kumpulan bersenjata asing di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah berlaku atas jemputan pembangkang di negara ini.

Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina dilaporkan berkata, kumpulan 150 orang diketuai Azzumudie Kiram itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan tersebut.

Sementara akhbar dalam talian, The Manila Times pula menerusi koresponden mereka, Al Jacinto, melaporkan, pencerobohan tersebut juga ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan.-26/4/2013


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.


Pusingan pertama…lima hari yang kalut

pru-benderattxxHari ini, Khamis, sudah enam hari berlalu dari lima belas hari yang diperuntukkan SPR untuk parti-parti politik di Malaysia berkempen bagi PRU13.

Kalau perlawanan tinju amatur tiga pusingan, semalam Rabu genap pusingan pertama untuk pesaing-pesaing duduk dan menilai kembali apa macam kempen selepas lima hari.

Tinjauan rambang Agendadaily di beberapa negeri mendapati kempen pembangkang masih tertumpu kepada menyemai kebencian rakyat kepada BN.

Ini sudah dijangka kerana mereka tidak mempunyai tawaran menarik untuk dihidangkan kepada rakyat.

Manifesto mereka tidak munasabah, manakala rekod kerja lima tahun pembangkang perintah beberapa negeri jauh dari membanggakan.

Berbeza dari PRU12, pembangkang juga menghadapi kemelut hebat perebutan kerusi sesama sendiri.

Terutamanya diantara PKR dan PAS. Masing-masing hendak jadi hero bertanding banyak kerusi.

Ini boleh difahami sebab masing-masing rasa hendak ke ‘Putrajaya” dan nak jadi nombor satu.

Hanya DAP dan PKR saja yang hendak sangat Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM jika pembangkang berkuasa.

hadi-pilkudaPAS tidak menyuarakan apa-apa mengenai calon PM, dan sebab itulah sehingga kini, selepas lima hari kempen, pembangkang tidak umum siapa calon PM mereka.

Perebutan nak kepada kuasa yang teramat sangat itu menyebabkan PKR dan PAS bertindih di tujuh kawasan pilihanraya, dan hanya diselesaikan selepas empat hari berkempen.

Pergolakan tersebut memaksa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan punca disebalik partinya, yang beliau dakwa mempunyai jentera akar umbi paling ramai campur tangan.

Kata Hadi, PAS terpaksa masuk campur dan meletakkan calon mereka kerana calon-calon PKR mempunyai berbagai basalah.

Hadi bahkan menuduh ada diantara calon PKR, berdasarkan maklumat PAS, adalah pengedar dadah jenis pil kuda, dan juga pemuja ideologi komunis.

Kata-kata Hadi tidak boleh dipandang ringkan, kenyataan beliau menyebabkan jentera PAS di akar umbi rasa tak bersemangat hendak kerja dengan PKR.

Agendadaily dimaklumkan, dibanyak tempat, jentera PRU PAS hanya memasang bendera mereka sahaja, mengatur ceramah sesama sendiri tanpa melibatkan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Jika PAS bertanding di DUN dan DAP Parlimen, hanya bendera PAS yang dipasang manakala bendera DAP sendiri mau ingat lah.

Ini boleh dilihat dengan jelas di DUN Bangi dan Parlimen Serdang.

Kempen pembangkang adalah kempen sendiri-sendiri.

Tapi yang paling ketara sekali bila sebut tentang pertelagahan pembangkang adalah kisah jentera PKR dan PAS adalah di Sungai Acheh Pulau Pinang, calon PKR Badrul Hisham Shaharin mendakwa beliau dan keluarganya dikasari Unit Amal PAS semasa hari penamaan calon.

Agendadaily difahamkan walaupun calon PAS tarik diri di kawasan tersebut atas arahan PAS Pusat namun semua jentera PAS di Sungai Acheh dipindahkan ke kawasan Kepala Batas bagi membantu kempen calon PAS di situ.

Itu kes yang dilaporkan, ada banyak lagi kes sebegini, yang tidak dilaporkan, yang mana menyebabkan pembangkang ‘disconnect’ sesama sendiri.

Di Perlis, sebuah akhbar menyiarkan seorang calon pembangkang menangis atas pentas ceramah menceritakan sebab beliau menjadi calon ‘payung terjung’.

Dari cakap-cakap wartawan, calon tersebut yang juga bekas YB, tertekan kerana poster kempennya tidak dipasang oleh jentera pilihanraya PAS dan DAP.

Kerusi itu sebelumnya menjadi rebutan ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.

pru-klangramai

Di Johor, kempen pembangkang all out hendak dapat undi Cina, Lim Kit Siang yang bertanding di Gelang Patah, memberitahu mahu memperolehi 90 peratus undi Cina di kawasan tersebut.

Seorang kolumnis akhbar bahasa Inggeris menulis bahawa jentera kempen DAP masih dok fikir macam mana hendak tembus kawasan Melayu.

Ini kerana rata-rata orang Melayu Johor tidak senang dengan kempen Kit Siang yang amat perkauman.

Manakala di pihak Kit Siang, beliau amat berharap Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dapat memperolehi undi untuk DAP di kawasan DUN Nusajaya, kerusi yang ditandingi Salahuddin.

Di Shah Alam Selangor, pemimpin utama pembangkang mula retorik perkauman mereka selepas melihat kempen calon mesra BN Zulkifli Nordin dapat sambutan.

Bos PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang lantang kritik Zulkifli dengan nada perkauman apabila mendakwa “kaum India meluat dengan Zulkifli”.

Pembangkang yang tiada isu di Shah Alam terpaksa menggunakan video ceramah Zul Nordin’ 10 tahun dulu dalam kempen mereka.

Zul Nordin sendiri sudah meminta maaf terhadap kenyatan tidak wajar beliau itu dan menjelaskan ia merupakan isu lama yang dibuatnya ketika berada bersama pembangkang.

pru-kubangulu

Di Permatang Pauh, calon BN Dr Mazlan Ismail diterima oleh rata-rata kaum Cina di kawasan tersebut.

Bekas Naib Presiden Telekom Malaysia (TM) ini mendapat sokongan padu dari jentara BN bahagian.

Beliau yang juga merupakan bekas orang kuat PAS Pulau Pinang, diterima baik oleh penyokong pembangkang dan tidak mustahil akan menjadi ‘giant killer’.

Anwar nampaknya akan berkampung di Permatang Pauh pada minggu-minggu terakhir menjelang pengundian.

Ini kerana Anwar masih belum berkempen di Permatang Pauh, tenaganya diperlukan untuk menenangkan jentera-jentera pembangkang di Perak, Selangor, Melaka.

Rata-rata jentera pembangkang kecewa dengan perebutan kerusi sesama sendiri dan Anwar tahu, jika perkara tersebut tidak diperbaiki, pembangkang akan menghadapi musibah besar dalam PRU ini.

pru-awei

Lima hari pertama ini BN jelas mendahului, dengan jentera kempen yang tersusun dan mantap.

Baik di PDM-PDM seluruh negara mahupun di alam maya.

Penampilan BN yang tersusun ini menyebabkan ada pihak yang jadi tension, ini boleh dilihat melalui beberapa kejadian yang dilaporkan media termasuk kes cabut bendera, pergaduhan, baling bom petrol ke PDM BN di Sungai Besar Selangor DAN bUNTONG pERAK.
 
Bahkan di Nibong Tebal Selasa malam, ada kejadian letupan bom untuk menakutkan orang ramai yang hadir ceramah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri kesal dengan kejadian letupan bom tersebut dan menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya semua parti telah dinasihat agar sentiasa menjaga tata tertib dan mematuhi undang-undang sepanjang tempoh berkempen.

“Sepatutnya semua bersaing secara sihat dan menunjukkan amalan demokrasi,” katanya.

Semua tanda-tanda menunjukkan pembangkang tertekan teruk ketika ini.

Jika diperhatikan kempen di media sosial, BN lebih kepada menonjolkan manifesto sendiri, sebaliknya pembangkang menyemai kebencian kepada BN.

Dalam pemerhatian ramai, termasuk laporan yang disiarkan media asing, penjanamaan BN lebih menonjol di media sosial kali ini berbanding pembangkang.

Apapun, ini baru hari keenam kempen, ada sembilan hari lagi, macam-macam boleh jadi.

Memang setakat enam hari ini, dari apa segipun, BN mendahului. Hari-hari yang mendatang belum tahu lagi, kita tunggu apa pulak nak jadi lepas ini…-24/4/2013- OLEH HELME HANAFI

pru-keluargaku


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.


Karpal Singh mengaum lagi…no way terima Hudud PAS

pas-negara-islamSusah juga…nak kata PAS hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.Nak tuduh DAP begitu pun tak berapa kena.

Ini bukan cerita baru tapi satu drama kitar semula.

I scratch your back…you scratch my back.

Nak buat macan mana DAP nak undi orang PAS dan PAS nak undi orang DAP.Masing-masing hendak ke Putrajaya

Nampaknya barang yang jadi ‘bahan jualan’ ialah Hudud dan Negara Islam.Satu nak…satu tolak.Itulah kisahnya berulang-ulang kali sampai naik pekak.

PAS bertegas pasal itu kerana nak kaut undi Melayu…DAP tolak untuk kaut undi bukan Islam.Win..win situation.

Tengok sajalah kitaran terbaru drama ini bila Singa DAP,Karpal Singh mengaum lagi Rabu kasi ingat sama PAS parti itu tetap tidak berganjak pendirian terhadap hajat PAS nak laksana Hudud dan tubuh Negara Islam

Dari ayatnya semasa bercakap dalam sidang akhbar di Pulau Pinang bunyinya beginilah: PAS tak payah nak perasan bila DAP nak pakai logo PAS membawa maksud DAP sudah setuju undang-undang Hudud dilaksana di Malaysia.

Isu calon-calon DAP nak pakai logo PAS ini timbul ditengah kehangatan pendaftaran parti DAP yang mulanya dihebohkan hendak dibatalkan oleh Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana siasatan kes kesahihan pemilihan DAP baru-baru ini.

Kalau batal maknanya calon-calon DAP tidak boleh pakai logo parti itu untuk PRU13.

Dakwaan itu nyata tidak betul dan calon-calon DAP terus guna logo parti itu semasa penamaan calon.

Karpal Singh kata mustahil negara ini nak amal dua sistem dalam satu undang-undang.

Beliau menegaskan demikian ketika diminta ulas kenyataan Timbalan Musyridul Am PAS,Datuk Haron Din di Arau Selasa bahawa PAS tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Calon PAS untuk kawasan Parlimen Arau itu kata PAS berpendirian bahawa apabila DAP tampil memohon menggunakan logo PAS, bermakna DAP secara tidak langsung bersetuju dengan dasar yang bakal dilaksanakan parti itu.

Beliau menegaskan hukum hudud adalah asas perjuangan PAS dan dasar itu tidak boleh diubah.

Tegasnya, apabila tiba masanya, PKR atau DAP harus bertolak ansur dengan kehendak PAS untuk terus melaksanakan hukum hudud.

“Bila, di mana, apa dia terpulang kepada cara pelaksanaan, kita lihat dulu. Bila sampai masa kita pegang kuasa, mesti ada yang pegang kuasa ini tiga pihak iaitu PAS, DAP dan PKR.

“Mesti ada polisi beri dan terima. Ada masa PAS kena beralah, ada masa kita menerima, ada masa kita memberi,” katanya.

Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bercakap pada wartawan di Keningau,Sabah menyifatkan PAS sebagai naif untuk mempercayai bahawa DAP akan menerima dan bersetuju melaksanakan hukum Hudud, hanya kerana kesediaan parti itu menggunakan simbol bulan pada PRU13.

Beliau berkata, PAS yang memperjuangkan hukum Hudud, tidak seharusnya meletakkan harapan terhadap pakatan itu untuk melaksanakan hukum Hudud kerana ia tidak terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang.

“Hukum Hudud PAS bukan boleh diterima semua pihak. Kita tidak kata menentang tetapi masanya tidak sesuai dalam keadaan tertentu untuk dilaksanakan dan masih banyak persoalan yang masih perlu ditangani,” katanya

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, perkara itu bukan soal logo semata-mata sebaliknya adalah soal pendirian dan ideologi PAS, yang dilihat tidak pernah diterima dan diakui DAP.

Sehubungan dengan itu, katanya, DAP perlu memberi respons dan menjelaskan pendirian mereka dalam soal pelaksanaan hukum Hudud agar tidak mengelirukan rakyat.-24/4/2013


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.


Video seks : UMNO saman Mustapha Ali

video1sxBerani buat..kena berani tanggong.UMNO tidak main-main ketika tuntut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali membuat permohonan maaf atas tuduhan mengaitkan UMNO dengan penyebaran video seks yang didakwa menyerupai dirinya.

Namun tuntutan yang dibuat pada 15 April lalu tidak dipenuhi.

Semalam,Isnin UMNO telah fail saman terhadap Mustapha dan dua yang lain iaitu peguam, Asmuni Awi dan Ketua Pengarang HarakahDaily.net, Zulkifli Sulong.

Saman itu difailkan oleh firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak Setiausaha Kerja UMNO Malaysia,Datuk Abdul Rauf Yusof atas kapasiti pegawai awam kepada parti itu.

Pihak plaintif antaranya menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan dan injuksi serta menuntut permohonan maaf.

Langkah berkenaan diberitahu oleh Datuk Hafarizam Harun selaku Penasihat Undang-undang UMNO kepada wartawan Selasa.

Pada 15 April lalu UMNO beri Mustapha tempoh 24 jam bermula hari itu untuk membuat permohonan maaf.

Waktu itu Hafarizam kata beliau telah diarahkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mustapha yang telah mengaitkan nama UMNO terhadap penyebaran video lucah yang tersebar luas sejak 11 April lalu.

“Ini kerana segala tuduhan tersebut sama sekali tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburuk dan merosakkan reputasi dan imej UMNO terutamanya menjelang PIlihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 5 Mei akan datang.

“Tindakan undang-undang diambil melalui Hafarizam Wan Aisha Mubarak terhadap Setiausaha Agung PAS berkaitan kenyataannya yang telah diterbitkan oleh hampir ke semua surat khabar utama di Malaysia selain di laman-laman sesawang termasuklah yang dilaporkan dan diterbitkan di portal Malaysiakini bertarikh 13 April yang bertajuk ‘Mustafa letak jawatan SUA Pas’.

“Di dalam artikel tersebut tertulis bahawa beliau mengeluarkan kenyataan berbunyi ‘Ini adalah kebiasaan UMNO, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaru fitnah UMNO,” kata Hafarizam.

Tidak cukup dengan itu, Mustapha turut membuat kenyataan umum semasa memberi ceramah di markas PAS Kampung Molek, Dungun, Terengganu dan ianya telah disiarkan oleh akhbar HarakahDaily di bm.harakahdaily.net di dalam Artikel bertajuk ‘Mustafa ceramah di Dungun, dakwa UMNO terdesak’ yang bertarikh 13 April 201.

Di dalam artikel terbut tertulis ‘beliau mendakwa UMNO sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air’ dan ‘bagi Mustafa, UMNO bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media itu’.

Oleh yang demikian, UMNO telah memberi tempoh 24 jam kepada Mustapha untuk memohon maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik penerbitan kenyataan berunsuf fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya.

Mustapha juga harus berhenti daripada memberi atau membenarkan apa-apa kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu ini atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang serupa dengannya serta menyediakan satu akujanji bertulis bahawa tidak akan menerbitkan dan membenarkan kenyataan berunsur fitnah terbut atau kenyataannya yang serupa dengannya dikeluarkan serta membayar gantirugi bagi kerosakan reputasi yang teruk dan gantirugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung.

Sekiranya Mustapha gagal untuk berbuat demikian maka prosiding mahkamah akan diteruskan tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuk menfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustapha berunsur fitnah yang telah membawa maksud :

(i) UMNO yang merancang insiden berkaitan dengan video lucah tersebut;

(ii) UMNO kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah tersebut;

(iii) UMNO dengan sengaja kononnya mahu menyebarkan fitnah dengan menyebarkan video lucah tersebut;

(iv) UMNO kononnya memang bertanggungjawab membuat video lucah tersebut;

(v) UMNO merupakan dalang di sebalik pembikinan video lucah tersebut;

(vi) UMNO adalah dicurigai ketelusannya sehingga sanggup mengunakan taktik kotor untuk menjatuhkan mana-mana individu.- 23/4/2013


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.


Kyplex Cloud Security Seal - Click for Verification