lim kit siang

Kakitangan Kerajaan Memang Kera Pun!!

Kakitangan Kerajaan Memang Kera Pun!!

LAMAN ini tidak ada pilihan lain, selain daripada bersetuju dengan bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Hashim Hussein yang menyamakan kakitangan kerajaan seperti kera dalam jagaan, semasa mengadakan ceramah kempen pilihanraya semalam.

Dengan kedudukan beliau sebagai bekas pegawai kanan dalam perkhidmatan kerajaan (tentera), sememangnya komen seumpama itu mempunyai asas yang tersendiri kerana datang daripada orang yang pernah berkhidmat dalam kerajaan, kalau orang yang tidak ada pengalaman itu, lainlah.

Walaupun tujuan kenyataan tersebut ialah untuk mewajarkan tindakannya menyertai Pakatan Rakyat setelah merasa dirinya diketepikan begitu sahaja sebaik menamatkan perkhidmatan sebagai duta Pakistan selepas bersara dari perkhidmatan tentera, tapi kenyataan itu memang berasas dan sesuai dengan situasi kakitangan awam sekarang.

Malas, lembap dan dalam kes-kes tertentu menunggu ‘disuap’ sebelum menyelesaikan tugas, adalah antara ciri-ciri perkhidmatan dalam kerajaan hari ini.  Apa lagi yang lebih sesuai untuk menggambarkan keadaan tersebut kalau bukan kera?  Bukankah hanya kera sahaja yang menunggu disuap untuk makan?

Kakitangan kerajaan pula tidak seharusnya mengambil kenyataan tersebut dari sudut yang sensitif.  Kenyataan itu perlulah dijadikan motivasi untuk meningkatkan prestasi agar rakyat mendapat perkhidmatan yang baik, berbaloi dengan gaji yang dibayar kepada mereka menggunakan dana awam.

Ada pepatah mengatakan, “Terimalah Kenyataan Walaupun Pahit”.

Jangan ikutkan sangat pendekatan defensive seperti yang ditunjukkan CUEPACS hari ini yang mengutuk keras kenyataan itu kerana disifatkan menghina kakitangan awam.  Pakatan Rakyat tidak nampak dimana menghinanya kenyataan tersebut, seperti disebutkan ia hanyalah motivasi untuk meningkatkan prestasi.

Pendekatan itu mungkin sedikit keras dan luar dari kebiasaan tapi memang begitulah caranya yang kami tahu untuk meningkatkan prestasi kakitangan, tak bolehlah ‘lambung-lambung’ mereka selalu, nanti mereka perasan hebat walaupun hasil yang sebenarnya tidak seberapa.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=78088

Posted by
on Apr 28 2013. Filed under Komentar.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry

Pegawai SPR didakwa catat nombor siri kertas undi pos

Petugas kempen DAP mendakwa bahawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab bagi kawasan Parlimen Pulai, telah mencatat nombor siri kertas undi pos sebelum menghantarnya kepada pengundi – meningkatkan kebimbangan bahawa undi tersebut dapat dikesan dengan mudah.

NONECalon DAP bagi DUN Pengkalan Rinting, Cheo Yee How (kiri) dan wakil  calonnya, Tah Moon Hui mendakwa bahawa mereka ternampak kejadian itu semalam semasa lawatan mereka ke pusat gerakan SPR di Johor Bahru untuk memeriksa kertas undi pos sebelum ianya dihantar.

Mereka menunjukkan kepada Malaysiakini gambar yang diambil secara tersembunyi di pusat gerakan tersebut, yang menunjukkan nombor siri enam angka kertas undi bagi parlimen dan kerusi DUN setiap pengundi pos, telah dicatat bersebelahan nama pengundi dalam senarai pemilih undi pos.

Malaysiakini juga telah mengesahkan dengan beberapa wartawan yang telah memohon menjadi pengundi pos bahawa setiap undi mereka dicetak dengan nombor siri enam angka.

“Saya mengesyaki nombor siri yang dicatat oleh SPR boleh digunakan untuk mengesan undi yang dipangkah. Ini bertentangan dengan prinsip bahawa setiap undi perlu dirahsiakan,” kata Cheo ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Di kawasan Parlimen Tanjong Piai, calon DAP, Mahdzir Ibrahim juga menerima satu aduan yang sama daripada pegawai rendah SPR yang telah memohon untuk menjadi pengundi pos.

Beliau berkata nombor enam angka yang dicetak pada sampul surat, yang akan digunakan untuk mengembalikan undi kepada SPR, dan SPR mempunyai rekod kertas undi yang hendak dihantar kepada pengundi.

Beliau berkata nombor enam angka juga dicetak pada sampul surat, yang akan digunakan untuk menghantar kembali undi kepada SPR, dan SPR mempunyai rekod kertas undi yang akan diposkan kepada pengundi.

“Seorang pengundi memberitahu saya bahawa undinya akan dikesan, oleh itu, dia akan memangkah undi rosak,” kata Mahdzir kepada Malaysiakini.

“Kita tahu bahawa sampul surat akan dipisahkan daripada kertas undi semasa proses pengiraan, dan kotak undi akan disimpan selama enam bulan selepas pilihan raya. Tetapi jika pegawai SPR membuka kotak  undi, mereka akan dapat mengesan pengundi. Isu sekarang ialah integriti SPR. ”

Cheo dan pasukan kempennya juga mengesan nama seorang lagi
pengundi pos yang muncul dalam kedua-dua senarai ‘pegawai SPR’ dan senarai ‘pengamal media’.

NONE“Kedua-duanya mempunyai nama dan nombor MyKad yang sama tetapi muncul dalam daerah mengundi yang berbeza. Saya bimbang ini boleh membawa kepada penyelewengan pilihan raya, “kata calon berusia 29 tahun.

Kakitangan SPR dan wartawan yang tidak dapat mengundi pada hari pengundian, dibenarkan mengundi melalui pos dalam pilihan raya umum ini.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=77724

Posted by
on Apr 26 2013. Filed under berita.

‘Saya tak cium Zul Noordin demi wang’

Lelaki yang menjadi mangsa kemarahan masyarakat India kerana mencium pipi Datuk Zulkifli Noordin pada hari penamaan calon, tidak kisah walaupun dilabel sebagai “Judas” (pengkhianat) kerana menyokong naib presiden PERKASA yang kontroversi itu.

NONEThe Malay Mail bertemu dengan N Devendren (kanan), yang mendakwa anggota MIC, yang sejak hari penamaan calon mendapat cemuhan meluas di media sosial ekoran tindakannya.

“Hidup mesti diteruskan, orang ramai terutamanya masyarakat India ada pandangan mereka tetapi akhirnya saya ada hak untuk pilih siapa yang saya rasa betul,” kata ahli perniagaan 32 tahun yang masih bujang itu.

Devendren menafikan dakwaan beliau diberikan wang sebagai balasan menunjukkan sokongan kepada Zulkifli, yang bertanding atas tiket “Rakan BN” menentang penyandang Khalid Samad.

“Saya tak lakukannya untuk wang,” katanya ketika ditemui di pusat kempen BN di Seksyen 23 di Shah Alam.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=77575

Posted by
on Apr 25 2013. Filed under berita.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry

Zulkifli Noordin sudah insaf dan bertaubat, kata Soi Lek

Keputusan BN untuk mencalonkan Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Noordin bertanding kerusi Parlimen Shah Alam telah dikritik hebat tetapi Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyokong pilihan parti itu.

Katanya, Zulkifli adalah kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pernah menjadi peguam pemimpin Pakatan Rakyat itu.

“Beliau telah bertanding di bawah PAS (sebelum ini). Beliau dan PAS adalah kawan yang sangat baik, oleh itu ketika berada dalam PAS, kemungkinan besar beliau menerap nilai-nilai dan budaya PAS.

NONE“Dan hari ini dia telah insaf dan bertaubat,” kata Chua (kiri) dalam satu
sidang akhbar ketika berkempen untuk calon MCA bagi Parlimen Pandan, peguam Gary Lim petang ini.

Isnin lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak cuba memadamkan kemarahan berhubung kenyataan Zulkifli Noordin yang didakwa telah menghina agama Hindu. Najib mendakwa masyarakat kaum India kini mula menerima Zulkifli.

Malah, kata Najib, ada orang India yang telah mencium Zulkifli.

Zulkifli telah meminta maaf atas kenyataannya  yang menurutnya, dibuatnya sepuluh tahun lalu.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=77380

Posted by
on Apr 24 2013. Filed under berita.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry

Moderate Johor should reject the DAP's chauvinist politics

Moderate Johor should reject the DAP’s chauvinist politics

Truth be told, the DAP’s Malaysian Malaysia is just a sham as the party fields Chinese candidates in almost all the constituencies it is contesting, shedding its so-called multi-racial image.
 
Even issues being highlighted concern Chinese issues, devoid of Malay or Indian-related issues that could at least reflect its so-called multi-racialism struggle and membership.
 
The general election has opened up the DAP’s real intention of participation – not for the people but for only one race – and that support for Anwar Ibrahim as Prime Minister is only facial make-up.
  
The DAP is not interested in struggling for the loud cry of a fair and just society but instead for its narrow politics of race and family – the family of Lim Kit Siang and not to forget Karpal Singh.

Read HERE for the full article: http://theunspinners.blogspot.com/2013/04/moderate-johor-should-reject-daps.html 

Source: MOLE

Semua Produk 1Malaysia Akan Diharamkan

Semua Produk 1Malaysia Akan Diharamkan

BAGI menjawab cabaran pemimpin-pemimpin BN semalam berhubung nasib pelbagai produk 1Malaysia selepas pentadbiran kerajaan bertukar tangan nanti, Pakatan Rakyat ingin mengesahkan disini bahawa semua produk-produk tersebut akan dihapuskan sebaik Putrajaya menjadi milik Pakatan Rakyat.

Kami di suarapakatanrakyat.com sendiri pun rasa BN sudah tahu jawapannya.

Jangan kata peralihan pentadbiran kerajaan dari BN ke Pakatan Rakyat, semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Mahathir pun, semua gagasan dan program pembangunan jangka panjang yang digariskan pentadbiran mantan Perdana Menteri itu pun dihapuskan sama sekali.

Antaranya slogan Bersih, Cekap, Amanah, Projek Gerbang Bersepadu Selatan dan sebagainya.  Itu baru PM lain ke PM lain sahaja (parti masih sama), apatah lagi setelah parti berbeza mengambil alih, sudah tentulah banyak perubahannya.

Yang nyata, tidak ada lagi Bantuan Eakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun depan, sebaliknya ia akan digantikan dengan penjimatan wang dari penurunan harga petrol/diesel secara berterusan, penghapusan tol, PTPTN dan sebagainya yang mana kalau dihitung-hitung, lebih dari RM 500 pun.

BR1M ini pun berbentuk rasuah dan dilarang agama, maka itu wajarlah ianya tidak diteruskan.

Penurunan harga barangan keperluan lain yang menyusul dari penurunan harga minyak itu tadi, akan menambahkan lagi lebihan wang dalam poket rakyat.

Malah rancangan juga telah dibuat supaya dalam tempoh 36 jam saja, semua Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia diseluruh negara akan ditutup.  Bercakap tentang Klinik Rakyat 1Malaysia, semua petugas di klinik-klinik tersebut akan dikembalikan semula untuk bertugas di hospital/klinik kerajaan atau ditamatkan perkhidmatan dan dimasukkan ke sektor swasta.

Ini bagi menyokong polisi Pakatan Rakyat untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam seperti yang pernah dinyatakan oleh Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua kepada sebuah akhbar berbahasa cina pada 2011.

Penghapusan produk-produk 1Malaysia ini juga adalah selari dengan penstrukturan semula subsidi kerajaan Pakatan Rakyat yang jauh lebih ekstrem berbanding dengan sekarang.  Juga suka nak dinyatakan disini, semua produk kerajaan untuk membantu meringankan rakyat selepas ini, akan menggunakan perkataan RAKYAT sahaja.

Ini bagi mengelakkan ia dikaitkan dengan agenda politik peribadi pemimpin, seperti sekarang.

Contohnya Program Reformasi Tol Percuma Rakyat, Reformasi Pendidikan Percuma Rakyat dan yang seumpama dengannya.  Penggunaan tagline seumpama ini lebih mempamerkan keikhlasan Pakatan Rakyat untuk membantu rakyat jelata.  Tak menaikkan imej pemimpin pun tidak mengapa.

Manisnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang mencadangkan semua perubahan ini kerana beliau tidak mahu mendapat kredit peribadi ke atas semua program untuk kebaikan rakyat yang akan dilaksanakan selepas peralihan kepimpinan negara berlaku.

DAP has never been multi-racial

DAP has never been multi-racial

KUALA LUMPUR: The DAP is not nearly as multi-racial as it claims to be as it does not practise what it preach and its leaders would do just about anything to achieve their objectives. 

Anonymous blogger Jebat Must Die (JMD) said: As nomination day passed last Saturday, most candidates nominated by DAP to contest in this general election came from one race – the Chinese.

He added party leader Lim Kit Siang appears to be campaigning on racial lines in Gelang Patah even after expressing anger at accusations that he would do so. 

JMD pointed out that the DAP’s GE13 line-up in Johor contains only one Malay and two Indians out of a total of 20 candidates. 

On the other side, he said, Barisan Nasional is fielding a list of candidates that is “quite mixed”. 

Note that come this election, the multi-racial Barisan Nasional, (which) comprises (a) multitude of parties, is facing various parties in the form of an extremist Islamic-Malay party we call PAS, an Anwar Ibrahim groupie club we call PKR and of course, the autocratic Chinese ‘we are multi-racial’ dominated party we call the DAP,” he said. 

The blogger said that rather than a “mass exodus of Indians and Malays” from the party, the cause of the DAP’s current woes is the fact that it was never multi-racial in the first place. 

They are predominantly a Chinese party. No Malays have been elected to the highest order of their hierarchy unless they are nominated just as a token of their ‘multi-racialism’,” he said, adding there was “no substance whatsoever to what they are claiming themselves to be”. 

Regarding Kit Siang’s “antics”, JMD wrote: 

“He even had the cheek to say that DAP will keep their campaign ’clean, fair and transparent’! 

“This is AFTER they had smeared ROS (Registrar of Societies) for being a tool of Barisan Nasional and accuses BN trying to assassinate DAP’s political life. Won’t this make them hypocritical? But of course, DAP and Pakatan Rakyat’s leaders have always been known as unrepentant in their approach to insult our intelligence. 

“Transparent and fair? Tell that to those who were silenced during the DAP’s CEC election fiasco.” 

Source: MOLE

Pakatan Rakyat Perlu Halang BN Bawa Bapa Altantunya

Pakatan Rakyat Perlu Halang BN Bawa Bapa Altantunya

DALAM usaha terdesak untuk memburukkan Pakatan Rakyat dalam isu pembunuhan model Mongolia, Altantunya Shaaribuu, BN dilaporkan akan membawa bapa mendiang, Setev Shaariibuu ke negara ini berceramah atas platform BN dalam isu tersebut.

Untuk makluman, Pakatan Rakyat sejak Mac tahun ini lagi telah menamatkan semua hubungan dengan Setev setelah dia enggan meneruskan saman terhadap kerajaan Malaysia atas dakwaan cuba menyembunyikan kematian anaknya pada 2006.

Buang masa saja membantu Setev kalau dia sudah tidak lagi ada kepentingan politik kepada Pakatan Rakyat.

Tapi kini nampaknya Setev mencari peluang membuat wang dengan BN pula.  Kebetulan BN memang terdesak untuk membersihkan parti tersebut dan pemimpinnya, Datuk Seri Najib Tun Razak dari dakwaan penglibatan dalam kes Altantunya ini.

Walaupun tidak ada bukti fizikal, tapi akuan bersumpah mendiang P Balasubramaniam telah cukup untuk menyabitkan Najib dengan kes ini.

Pakatan Rakyat seharusnya cuba mencari jalan menghalang usaha BN membawa Setev kesini.

Apatah lagi setelah sumber yang rapat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat memaklumkan laman ini  bahawa Setev tahu terlalu banyak perancangan Pakatan Rakyat dalam isu ini, terutama bagaimana untuk menjatuhkan imej Najib dan menyumbatkannya ke dalam penjara kalau perlu.

Kenyataan Setev sebagai bapa Altantunya mempunyai merit yang  tersendiri dan kita bimbang ia mampu mempengaruhi pendirian sesetengah kelompok masyarakat.  Ini boleh dilihat dari pengakuan bapa Saiful Bukhari yang menyatakan dakwaan liwat yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu fitnah.

Itu dengan Saiful Bukhari masih hidup, sedangkan Altantunya telah lama mati!!

Justeru kedatangan Setev perlu dihalang dengan apa cara sekalipun.  Soal rakyat nak percaya atau tidak penglibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantunya ini, biar rakyat sendiri yang memutuskannya, Setev tidak perlu masuk campur dengan memberikan fakta mengelirukan.

Atau paling teruk, menuduh Pakatan Rakyat dengan dakwaan yang bukan-bukan.

Pakatan Rakyat memang ada kepentingan dalam isu pembunuhan seperti ini, tapi kami tidak ada kaitan secara langsung.  Semua dakwaan dibuat oleh Mendiang Bala, bukan mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat.  Kami hanya memanjangkannya kepada rakyat sahaja.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=76944

Posted by
on Apr 23 2013. Filed under Komentar.

Kyplex Cloud Security Seal - Click for Verification