
LAMAN ini tidak ada pilihan lain, selain daripada bersetuju dengan bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Hashim Hussein yang menyamakan kakitangan kerajaan seperti kera dalam jagaan, semasa mengadakan ceramah kempen pilihanraya semalam.
Dengan kedudukan beliau sebagai bekas pegawai kanan dalam perkhidmatan kerajaan (tentera), sememangnya komen seumpama itu mempunyai asas yang tersendiri kerana datang daripada orang yang pernah berkhidmat dalam kerajaan, kalau orang yang tidak ada pengalaman itu, lainlah.
Walaupun tujuan kenyataan tersebut ialah untuk mewajarkan tindakannya menyertai Pakatan Rakyat setelah merasa dirinya diketepikan begitu sahaja sebaik menamatkan perkhidmatan sebagai duta Pakistan selepas bersara dari perkhidmatan tentera, tapi kenyataan itu memang berasas dan sesuai dengan situasi kakitangan awam sekarang.
Malas, lembap dan dalam kes-kes tertentu menunggu ‘disuap’ sebelum menyelesaikan tugas, adalah antara ciri-ciri perkhidmatan dalam kerajaan hari ini. Apa lagi yang lebih sesuai untuk menggambarkan keadaan tersebut kalau bukan kera? Bukankah hanya kera sahaja yang menunggu disuap untuk makan?
Kakitangan kerajaan pula tidak seharusnya mengambil kenyataan tersebut dari sudut yang sensitif. Kenyataan itu perlulah dijadikan motivasi untuk meningkatkan prestasi agar rakyat mendapat perkhidmatan yang baik, berbaloi dengan gaji yang dibayar kepada mereka menggunakan dana awam.
Ada pepatah mengatakan, “Terimalah Kenyataan Walaupun Pahit”.
Jangan ikutkan sangat pendekatan defensive seperti yang ditunjukkan CUEPACS hari ini yang mengutuk keras kenyataan itu kerana disifatkan menghina kakitangan awam. Pakatan Rakyat tidak nampak dimana menghinanya kenyataan tersebut, seperti disebutkan ia hanyalah motivasi untuk meningkatkan prestasi.
Pendekatan itu mungkin sedikit keras dan luar dari kebiasaan tapi memang begitulah caranya yang kami tahu untuk meningkatkan prestasi kakitangan, tak bolehlah ‘lambung-lambung’ mereka selalu, nanti mereka perasan hebat walaupun hasil yang sebenarnya tidak seberapa.
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=78088
Posted by peterpang
on Apr 28 2013. Filed under Komentar.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry








Calon DAP bagi DUN Pengkalan Rinting, Cheo Yee How (kiri) dan wakil calonnya, Tah Moon Hui mendakwa bahawa mereka ternampak kejadian itu semalam semasa lawatan mereka ke pusat gerakan SPR di Johor Bahru untuk memeriksa kertas undi pos sebelum ianya dihantar.
“Kedua-duanya mempunyai nama dan nombor MyKad yang sama tetapi muncul dalam daerah mengundi yang berbeza. Saya bimbang ini boleh membawa kepada penyelewengan pilihan raya, “kata calon berusia 29 tahun.







Calon DAP bagi DUN Pengkalan Rinting, Cheo Yee How (kiri) dan wakil calonnya, Tah Moon Hui mendakwa bahawa mereka ternampak kejadian itu semalam semasa lawatan mereka ke pusat gerakan SPR di Johor Bahru untuk memeriksa kertas undi pos sebelum ianya dihantar.
“Kedua-duanya mempunyai nama dan nombor MyKad yang sama tetapi muncul dalam daerah mengundi yang berbeza. Saya bimbang ini boleh membawa kepada penyelewengan pilihan raya, “kata calon berusia 29 tahun.







The Malay Mail bertemu dengan N Devendren (kanan), yang mendakwa anggota MIC, yang sejak hari penamaan calon mendapat cemuhan meluas di media sosial ekoran tindakannya.







“Dan hari ini dia telah insaf dan bertaubat,” kata Chua (kiri) dalam satu








